Pemilik Ora Good Cat bengang, iklan cip Qualcomm, dapat cip Intel 2016

oleh Mohamad Hanif|
Untuk sesebuah sistem infotainmen termaju berfungsi dengan baik, ia sudah pasti memerlukan cip pemprosesan yang cukup bagus dengan spesifikasi semasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, lain pula halnya di China di mana ia tidak mendapat cip pemprosesan seperti yang diwar-warkan.

Menurut laporan The Straight Times, pengeluar automotif Ora dikatakan akan berdepan dengan tindakan undang-undang kerana memasang cip komputer yang lapuk pada model Good Cat.

Ketika ia mula dipasarkan, Ora mendakwa model Good Cat akan dilengkapi dengan cip pemprosesan terkini lapan teras dari Qualcomm, namun para pemilik mendapati kereta tersebut dipasangkan dengan cip Intel yang sudah ketinggalan lima tahun.
 

ORA


Kesan daripada itu, sesetengah ciri yang dimuatkan tidak dapat berfungsi dengan baik, malah aplikasi navigasi Gaode (menyamai Google Maps) tidak dapat dikemaskini, dan bantuan arahan suara kerap kali tergendala.

Laporan portal itu turut menyebut para pemilik yang tertipu sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Ora.

Menurut pemilik lagi, walaupun Ora telah menawarkan 'pampasan' berbentuk subsidi pengecasan, serta kemaskini perisian secara  percuma, namun itu semua tidak mencukupi bagi sesetengah pihak yang mahukan cip baharu dipasang.

Sekiranya permintaan tersebut tidak ditunaikan, mereka mahukan pampasan yang lebih setimpal, atau wang dikembalikan sepenuhnya.
 

ORA


Lin Lihong, pengarah eksekutif di firma guaman Queen & Low Law Firm di Beijing menjelaskan, "Pada pendapat saya, ini merupakan satu kes tipikal penipuan pelanggan. Ia telah jelas ditulis dalam konfigurasi kenderaan bahawa ia akan dilengkapi dengan cip pemprosesan lapan teras Qualcomm.

"Namun, setelah penghantaran dibuat kepada pelanggan, para pemilik mendapati kereta tersebut tidak konsisten dengan apa yang diiklankan.

Tambah beliau lagi, "Pengiklanan jenis cip - kunci penting dalam sesebuah kereta pintar - secara terus mempengaruhi keputusan pelanggan dalam membuat pembelian.

Sementara itu, Ora dalam satu kenyataan menyebut agak sukar untuk melakukan penggantian cip Intel sedia ada kepada cip Qualcomm, dan mereka juga mengakui tidak dapat menjamin model-model Good Cat akan turut menerima cip yang sama disebabkan oleh kekangan produksi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
ORA Good Cat yang kini hadir dalam tujuh pilihan warna dijual dengan harga baharu yang dijual…
Berita Domestik
Tambahan itu, usaha sama tersebut telah hadir menerusi satu kerjasama di antara GoCar dan bahagian…
Berita Global
ORA GOOD CAT dengan mudah berjaya mencapai penarafan Hijau 5 bintang dengan meraih purata skor…