Pemilik Preve dakwa kereta dipandu orang lain - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Polis sudah memanggil pemilik kereta Proton Preve yang menggunakan lampu mata arah ketika berada dalam kesesakan lalu lintas di Jalan Lapangan Terbang Subang di sini, seperti tular di media sosial.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia selepas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya mengesan video tular itu dan membuat laporan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian sebenar berlaku pada 6.30 petang, 23 Februari lalu.

Menurutnya, dalam kejadian itu tidak membabitkan kemalangan dan kecederaan kepada pengguna jalan raya lain.

"Pemilik kereta sudah dikenal pasti dan dipanggil untuk dirakam percakapan. Namun pemilik mendakwa kenderaannya dipandu individu lain ketika kejadian.

"Polis akan mendapatkan maklumat mengenai pemandu itu untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 13 saat dirakam dari sebuah motosikal tular di media sosial yang menunjukkan kereta berkenaan memasang lampu mata arah dan membunyikan siren dipercayai bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan dijalankan mengikut Kaedah 94 Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 dan Peraturan 24(ii) 170/59.

Katanya, polis meminta pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan, memuat naik atau berkongsi video dan gambar yang boleh menimbulkan keresahan serta kegusaran orang awam.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Proton Persona sekarang pula terlalu kecil dan tidak menepati piawaian jabatan dan agensi kerajaan…
Berita Domestik
Menurut Felix Haller, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Pasaran Antarabangsa untuk Bufori,…
Berita Domestik
Tertuduh, A R Sathiya Ganes, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara…