Dalam satu kenyataan media, pejabat Perdana Menteri South Australia, Peter Malinauskas menjelaskan undang-undang yang dicadangkan itu akan membentuk satu skema perlesenan baharu untuk pengguna yang mahu memandu kereta super sports berkuasa tinggi.
Untuk itu, pemilik perlu menjalani latihan spesifik serta memenuhi keperluan yang telah ditetapkan, sama seperti apa yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan lesen motosikal dan trak komersial.
Selain daripada itu, pemandu yang dituduh membunuh seseorang akibat pemanduan melulu akan dilarang untuk memegang lesen sehinggalah kes mereka diselesaikan.

Kira-kira tiga tahun lalu, seorang pejalan kaki Sophia Naismith, 15 tahun mati dilanggar oleh sebuah Lamborghini.
Pemilik Huracan, Alexander Campbell mengaku bersalah akibat memandu secara melulu, namun baru-baru ini telah dibebaskan daripada menjalani hukuman mati.
Disebabkan kes kematian tersebut, ibu bapa Naismith bangkit bertindak menjadi aktivis yang mendesak satu perubahan dibuat terhadap undang-undang keselamatan jalan raya bagi mengelakkan kejadian yang sama tidak berlaku kepada orang lain.
Pihak polis dan peguam negara turut merancang untuk menambah hukuman yang lebih keras terhadap kesalahan pemanduan melulu serta menyebabkan kematian akibat pemanduan berbahaya.
Sumber: CarBuzz