Pemilik Suzuki Katana Menyerang Sungai Petani

oleh Arahman Crew|
Sememangnya model ini jarang kita dapat melihatnya menyusuri jalan raya. Jika ternampak pun, mungkin ada diantara kita yang tak kenal pun model apakah ini. Suzuki Katana, sangat sesuai dengan namanya yang 'ganas' tetapi sentiasa disimpan rapi.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Baru-baru ini, Katana Owners Club Malaysa telahpun menganjurkan 'Ride And Gather The Legend - Suzuki Katana' ke Sungai Petani, Kedah.

Program yang merupakan kali ke-4 penganjurannya ini bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan retro dan mempamerkan motosikal lagenda dan ikon negara Jepun di Malaysia. Selain itu juga, Katana Owners Club ingin mengumpulkan seberapa ramai rakan hobi dan juga pemilik Suzuki Katana dari seluruh Malaysia serta melengkapkan lagi program mereka di lokasi-lokasi yang berlainan setiap tahun.

Pertama - Pengkalan Balak, Melaka.
Kedua - Pagoh, Johor.
Ketiga - Kuala Terengganu, Terengganu.
Keempat - Merbok, Sg Petani, Kedah.

Bagi tahun ini, sebanyak 27 buah Suzuki Katana telah hadir, dan kedatangan peserta kali ini melebihi jangkaan penganjur iaitu sebanyak 20 buah sahaja dan ini menunjukkan tanda yang postif.

Menurut Presiden Katana Malaysia, saudara Azrul Eddy, "Kami difahamkan, anggaran kasar terdapat 55 hingga 60 buah sahaja terdapat di Malaysia, tetapi separuh daripada angka tersebut tidak dapat hadir kerana masalah teknikal dan kesukaran mendapatkan alat ganti yang semakin pupus."

Program yang dijalankan di negeri Kedah ini mempunyai matlamat yang sama seperti acara yang sebelumnya, iaitu mengumpulkan seberapa banyak pemilik dan motosikal GSX Katana yang terdiri daripada:

  • GSX 250 SSN
  • GSX 400 SSM
  • GS 650 e Badak
  • GSX 750 s
  • GSX 750 es Savana
  • GSX 1000 s
  • GSX 1100 s/e
  • GSX 1175 Yoshimura
  • GSX 1400 Kobe Unicorn
  • Dan model terbaharu 2019.

Selain berkumpul dan beriadah, mereka juga mengadakan Majlis Tahlil dan bacaan Yassin bagi memperingati dua sahabat pimilik Suzuki Katana yang telah meninggal dunia. dan majlis diteruskan dengan ucapan dari Pengerusi Katana Malaysia Encik Azrul Eddy, ucapan dari Timbalan Pengerusi Katana Malaysia Tuan Hj Gijoe KKMG dan ucapan oleh setiausaha mereka saudara Nazem Red Apachee.

Pada hari seterusnya, pelbagai ahli dari berlainan kelab dan jentera turut menghadiri program ini dan dianggarkan 200 orang telah hadir memberikan sokongan, antaranya:

  • Northern RD Members 
  • Pailang Tiga Suku (Melaka & Negeri Sembilan)
  • Rider Anak Hantu Kulim
  • Group Katana Johor (Pagoh & Batu Pahat)
  • Kelab dari Klang (geng Kg Delik, Kadir Retro & RD Club)
  • Big Brother Bukit Beruntung
  • Kepala Kuasa Motor Geng
  • Kelab Hayabusa Utara
  • Kelab Oldskool Superbike
  • Dan banyak Lagi

Sebanyak 50 hadiah cabutan bertuah sepert baju, beg dan lain-lain disediakan dan turut diadakan 2 kategori Katana telah dipertandingkan (5 pemenang setiap kategori):

  • Kategori Standart Original, dimenangi oleh encik Tuan Yusop Bin Hashim dari Hulu Langat, Selangor. 
     
  • Kategori Custom, dimenangi oleh Encik Gjoe KKMG dari Kajang, Selangor.

Ucapan terima kasih kepada penaja yang banyak memberikan bantuan serta sokongan untuk menjayakan program ini, antaranya:

  • Retromania Malaysia
  • Malaya Parts
  • Kepala Kuasa
  • Ono Bundle
  • Suzuki Malaysia
  • Abang Peja
  • Din Tahu
  • Damai Park Resort
  • Rudy Lethers

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Enjin dan perkakasan Katana 2022 dinaik taraf dengan sejumlah komponen baharu seperti berikut…
Pelancaran Motosikal
Mengambil alih peranan Suzuki Assemblers Malaysia, Suzuki Malaysia Sdn Bhd kini merupakan…
Berita Domestik
Namun, berdasarkan laporan daripada rakan media MotoMalaya, salah sebuah pengedar Wah Motor…