Peminat tegar beli 24 Land Cruiser dalam masa setahun!

oleh Mohamad Hanif|
Chad Nasir, seorang warga Libya yang kini menetap di Michigan, Amerika Syarikat boleh dinobatkan sebagai seorang peminat tegar model Land Cruiser.

Ini kerana beliau telah berjaya mengumpul sebanyak 24 buah Land Cruiser hanya dalam tempoh satu tahun lebih sahaja.

Menurut laporan Road & Track, beliau membesar di Libya di mana model-model seperti Land Cruiser merupakan kereta berstatus tinggi yang hanya boleh dibeli oleh golongan berada.
 

LC


Apabila berhijrah ke Amerika Syarikat, beliau berjanji kepada diri sendiri untuk membeli Land Cruiser apabila keadaan kewangan mengizinkan.

Di sana, Chad mempunyai perniagaan Midnight Protective Films, sebuah kedai aksesori filem penapis haba, balutan vinil dan salutan seramik.

Tidak jauh daripada kedainya itu, terdapat sebuah gudang yang menempatkan koleksi Land Cruiser yang telah dikumpulnya sejak setahun lepas.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Chad Nasir (@chadmfive)

 

Menariknya, kesemua unit Land Cruiser itu merupakan unit pemanduan sebelah kiri yang diimport, dan setiap satu dilengkapi dengan transmisi manual.

Koleksi Chad bermula apabila beliau membeli sebuah Land Cruiser tahun 2013 dan Land Cruiser 2015 untuk bapanya.

Beliau kemudian menjumpai sebuah trak pikap Land Cruiser 70 Series di Arab Saudi, dengan perbatuan sekitar 96,561 km, diikuti dengan model-model lain.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Chad Nasir (@chadmfive)

 

Difahamkan, secara purata Chad membeli satu atau dua unit Land Cruiser setiap bulan untuk tempoh 15 bulan yang lepas.

Menurut Road & Track lagi, beliau kini sedang merisik tiga lagi unit Land Cruiser, setiap satu dari Qatar, Yaman dan Oman.

Seperkara lagi, Chad membeli kesemua unit Land Cruiser itu dengan menggunakan duit tunai tanpa sebarang pinjaman atau pembiayaan.

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Suspensi Tinggi, Kelegaan Tanah Luar Biasa Antara perubahan paling ketara ialah penggunaan kit…
Berita Global
Dua Kali Ganda Kuasa!     Enjin ini menghasilkan 389 kuasa kuda (hp) dan daya kilas 649.4Nm …
Berita Global
  Kesemua komponen ini direka khas untuk tahan dalam persekitaran yang mencabar. Ini memastikan…