Katanya, mereka meminta kunci kenderaan tersebut yang sudah beberapa bulan tertangguh bayaran bulanan, namun pemiliknya enggan memberikan kunci terbabit.
“Pertengkaran berlaku antara mereka dan pemilik kenderaan kemudiannya mengambil parang di dalam keretanya dan menyerang kumpulan penarik kereta berkenaan.
“Seorang daripada penarik kereta itu cedera terkena libasan parang dan panik dengan kejadian itu, pemilik kenderaan bersama rakannya segera melarikan diri,” kata Berry.
Kumpulan penarik kereta kemudiannya mengejar kenderaan tersebut sehingga kedua-duanya mengalami pelanggaran.
Kemalangan itu menyebabkan kereta yang dinaiki pengutip hutang tersebut mengalami kerosakan dan tidak boleh bergerak, manakala pemilik kenderaan terus melarikan diri.
Bagaimanapun, pemilik kenderaan itu dan tiga rakannya ditahan polis di daerah Ajibarang dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.
Penarik kereta yang cedera pula kini dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil.