Pencuci pinggan pergi dan balik kerja naik Bentley!

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang wanita yang bekerja sebagai pencuci pinggan di China menjadi perhatian di media sosial selepas dia dilihat menaiki kereta mewah untk pergi dan balik kerja.

Wanita tersebut ke restoran tempat dia bekerja dengan menaiki sebuah kereta Bentley, yang dipandu oleh anak perempuannya.

Video viral tersebut memaparkan wanita itu turun dari kereta Bentley tular di aplikasi Weibo. Dia kelihatan hanya memakai kemeja merah jambu, but getah dan apron.

“Apa yang (wanita itu) kurang bukan wang, tetapi sesuatu untuk dilakukan,” menurut berita tersebut.

Menurut laporan Yahoo News, wanita itu sebenarnya sangat kaya, tetapi dia memilih mencuci pinggan di restoran untuk menghabiskan masa lapang.

Pemilik restoran itu juga berkata bahawa keluarga wanita itu sebenarnya berada.

Bagaimanapun, wanita itu mengakui niatnya bekerja di restoran bukan untuk mencari wang, tetapi untuk menghilangkan kebosanan.

“Ia sangat membosankan di rumah, dan saya berasa tidak selesa jika tidak membasuh pinggan selama sehari,” kata wanita itu.

Pemandu kereta Bentley itu sebenarnya adalah anak perempuan kepada wanita tersebut. 

Menurut laporan itu lagi, gadis itu tidak dapat menghalang ibunya daripada meneruskan hasratnya, tetapi dia menyokong dengan bersungguh-sungguh dengan menghantar dan menjemputnya dari restoran setiap hari. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Harga anggaran di UK sekitar £400,000 iaitu lebih kurang RM2.4 juta. Angka ini jauh lebih tinggi…
Berita Global
V8 Kuasa Besar, Pacuan Belakang Laporan awal daripada Autocar mendedahkan bahawa Supersports kali…
Berita Global
SUV Paling Kompak Dalam Barisan Bentley Model baharu ini diposisikan di bawah Bentayga dengan…