Pencuci wrap kenderaan pertama tempatan!

oleh HEZERI SAMSURI|
Membalut kenderaan menggunakan bahan vinyl sudah menjadi tren sejak beberapa tahun sudah.

Ia memberikan efek permukaan yang berlainan dari cat dan juga mempunyai pilihan untuk menambah grafik lain atau membuat garisan yang unik. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sayangnya, sukar mencari pencuci yang benar-benar sesuai untuk vinyl, apa lagi untuk memastikan warna tidak luntur dan juga mempunyai perlindungan dari sinaran UV.

Wifey, sebuah syarikat tempatan berjaya menghasilkan syampu khusus untuk kenderaan yang menggunakan wrap vinyl. 

Wifey Car Wrapping Cleaner and Detailing (Syampu pembersih wrap kenderaan) menggunakan bahan-bahan yang tidak akan merosakkan vinyl pada wrap kenderaan anda, ia juga adalah agen pembersih paling sesuai tanpa melunturkan warna.

Wifey mengambil masa antara tiga tahun untuk menghasilkan produk ini dan ia kemungkinan besar produk tempatan pertama untuk wrap kenderaan.

 

 

 

Kali pertama melihat produk Wifey, hati sudah mula tertarik untuk membelinya. Nama yang unik serta botol berwarna terang itu jelas menarik perhatian sesiapa sahaja.

Wifey bukanlah satu nama yang biasa kita dengar untuk produk-produk automotif tetapi nampaknya ini adalah satu percubaan menarik dari syarikat itu sendiri.

Pejabat dan kilangnya terletak di Bukit Angkat, Kajang. Walaupun ia baharu ditubuhkan, kakitangan syarikat tempatan ini adalah dari mereka yang sudah berpengalaman dalam industri kimia khusus untuk produk-produk penjagaan kereta.

Di bawah ialah senarai produk mereka sekarang:

 

 

Wifey Premium Car Body Shampoo (Syampu premium pencuci kereta) - RM21.90 untuk 1,000ml

  • Syampu ini bukan setakat sabun, tetapi dicampur sekali dengan wax jenis terbaik - carnauba yang datang dari Brazil.
  • Ia khusus untuk membersihkan cat kenderaan dan memberikan lapisan berkilat.
  • Ia juga mempunyai kebolehan untuk menahan pancaran UV dari merosakkan permukaan cat kenderaan.
  • Polimer yang digunakan sebagai bahan asas datang dari Jepun, dan ia mampu mengunci kilat pada cat kita dengan kadaar yang lebih lama.
  • Formula yang dihasilkan sendiri, ujian-ujian telah dilakukan ke atas kenderaan-kenderaan tempatan dengan cuaca tempatan.
  • Pendek kata, ia mirip dengan produk import yang mahal tetapi harganya lebih rendah.
  • Oh ya, syampu ini juga berbau seperti buah peach!

Wifey Hyper Tyre Silicone (Pengilat tayar silikon) - RM28.90 untuk 500 ml

  • Produk Wifey ini menggunakan silikon dengan viskositi tinggi - bermakna ia pekat dan tahan lebih lama, walaupun terkena hujan.
  • Viskositi pada tahap 12,000 CST memang jauh lebih tinggi dari produk tempatan yang lain.
  • Ia juga tidak akan menyebabkan permukaan tayar kita rosak atau merekah.

 

 

Wifey Interior Protectant (Pembersih kabin kenderaan) - RM14.50 untuk 350 ml

  • Ia umpama pengilat tayar tetapi tidak melekit dan paling penting, disesuaikan untuk bahan-bahan pada papan pemuka, tempat duduk kulit dan komponen plastik atau PU dalam kabin kenderaan.
  • Ia juga melindungi komponen tersebut dari sinaran UV agar tidak merekah dan mempunyai bau seperti bau minyak wangi lelaki!

Wifey Interior Cleaner and Detailing (Pembersih dan perapi kabin) - RM19.90 untuk 350 ml

  • Produk ini sesuai untuk mencuci kabin kenderaan anda, terutama tempat duduk jenis fabrik.
  • Ia menghasilkan kemasan yang tidak berkilat (matte) dan paling menarik, tidak menggunakan kimia amonia (selamat untuk manusia).

Wifey Car Body Lotion (Pengilat cecair) - RM19.90 ntuk 350 ml

  • Ini ialah "water wax" sebenar yang banyak kononnya digunakan oleh kedai cuci.
  • Dalam bentuk asal, ia jauh lebih pekat dan tahan jauh lebih lama.
  • Paling sesuai digunakan selepas membersihkan kenderaan anda dengan syampu kenderaan Wifey.
  • Ia juga menyebabkan permukaan cat menjadi seperti daun keladi - titisan air tidak akan melekat.
  • Ia juga tahan tiga kali cucian dan juga tahan hujan.

 

 

Rainnex Plus Spray - RM25.90 untuk 350 ml

  • Cecair istimewa ini disemburkan kepada cermin hadapan dan memberikan efek hidrofobik - mirip daun keladi.
  • Oleh kerana air sukar untuk melekat pada cermin hadapan, ia memudahkan anda memandu di dalam hujan, cermin hadapan lebih bersih dan tidak ada masalah kesan air (water mark).
  • Pengilap cermin (wiper) anda juga tidak akan melompat-lompat kerana tidak seperti produk lain, ia tidak menjadikan cermin kita bergetah.
  • Harga produk ini memang lebih tinggi dari jenama tempatan yang lain tetapi ia tahan lama dan memang sudah diuji untuk kegunaan tempatan.

Untuk promosi kali ini yang berlangsung dari 15 Julai sehingga 14 Ogos, anda boleh membeli keenam-enam produk Wifey (kecuali Syampu Wrap Kenderaan) pada harga RM88.00 sahaja, jauh lebih rendah dari harga pakel asal sebanyak RM131.00)

Pergi ke laman web auto2u.my dan gunakan promo kod CARETA88 untuk mendapatkan harga istimewa tersebut.

Anda juga boleh membeli syampu wrap istimewa itu secara berasingan di laman web auto2u.my

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pihak ANIH Berhad kini telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kemalangan yang didakwa…