Pencuri kereta ugut hubungi polis pada ibu yang tinggalkan anak dalam kereta yang dicurinya

oleh SALINA JALIL|
lokasi kejadian
Seorang pencuri kereta di Oregon menunjukkan dia masih seorang bertimbang rasa apabila sanggup berpatah balik dan 'memulangkan' kanak-kanak lelaki kepada ibunya sebaik mencuri kenderaan milik wanita itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Malah lelaki berkenaan turut memarahi wanita terbabit kerana meninggalkan anak lelaki yang berusia empat tahun sendirian di dalam kereta Honda Pilot dengan enjin masih hidup dan pintu tidak berkunci.

 

Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah premis barangan runcit di Portland, pinggir bandar Beaverton, Sabtu lalu ketika wanita berkenaan keluar dan meninggalkan anaknya di dalam kenderaaan untuk membeli susu dan daging, menurut laporan media tempatan.

 

Jurucakap polis Beaverton, Matt Henderson berkata, suspek berniat mencuri kenderaan itu dan mahu melarikannya, namun dia terkejut apabila mendapati pintu tidak berkunci selain terdapat kanak-kanak lelaki di tempat duduk belakang.

 

"Dia kemudian berpatah balik ketika masih dalam kawasan tempat letak kenderaan dan 'bersyarah' kepada wanita itu kerana meninggalkan anaknya.

 

"Malah suspek mengugut mahu melaporkan tindakan wanita itu (meninggalkan anak) kepada polis," katanya yang dipetik oleh CNN.

 

Menurutnya, dalam keadaan terkejut, wanita itu mengambil anaknya dan lelaki terbabit segera melarikan diri dengan kenderaan jenis utiliti sukan berkenaan.

 

"Jelas sekali kami bersyukur suspek mengembalikan si kecil (mangsa) dan sopan melakukannya," kata Henderson.

 

 

CNN

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, mangsa yang juga peniaga kemudian pulang kira-kira jam 4.45 petang ke bilik sewanya itu…
Berita Domestik
Kejadian tersebut tular di Facebook selepas mangsa memohon bantuan orang ramai menjejaki kereta…
Berita Global
Ia juga seharusnya sangat berguna di dalam situasi melarikan diri daripada pihak berkuasa. Namun…