Pencuri kini gunakan Apple AirTags untuk bawa lari kereta mewah

oleh Mohamad Hanif|
sumber: GSMarena
Apple AirTags merupakan peranti penjejakan kecil yang direka untuk memudahkan kita mencari barangan yang kerap kali tersalah letak, seperti contoh kunci kereta atau kunci rumah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, bagi golongan yang tidak bertanggungjawab, mereka kini mempergunakan teknologi yang ada untuk mencuri kenderaan mewah!

Menurut laporan daripada BGR, pihak berkuasa Auto/Cargo Theft Unit mendedahkan terdapat lima kes kecurian kereta-kereta mewah yang disyaki berpunca daripada penggunaan peranti penjejakan yang kecil, seperti Apple AirTags.

Mereka menambah, AirTags tersebut diletakkan di tempat-tempat yang sukar untuk dilihat dan jarang diperiksa pada kenderaan sasaran yang diparkir di kawasan umum, seperti pusat membeli belah.
 

Airtags


Pencuri kemudian menggunakan sistem penjejakan terbina bagi mengesan lokasi sebenar kenderaan sasaran, sebelum membawa lari kereta-kereta tersebut pada waktu malam.

Selain daripada AirTags yang dihasilkan oleh Apple, terdapat beberapa peranti penjejakan kecil yang telah pun berada di pasaran seperti Samsung Galaxy SmartTags dan Tile.

Sukar untuk menghalang kes-kes sebegini daripada berulang, namun York Regional Police menyarankan pemandu untuk sentiasa memeriksa kenderaan mereka dan menghubungi pihak berkuasa apabila mengesan kehadiran peranti yang disyaki alat penjejakan.  

Sumber: BGR

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu kenyataan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, kegiatan tersebut…
Berita Global
Di Boone, North Carolina, sepasukan polis Watauga terpaksa mengejar seorang suspek yang memandu…
Berita Domestik
Nilai kerugian dianggarkan bernilai RM90,000.  Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab…