Pendaftaran kereta Perodua naik 42 peratus Ogos 2022

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang bulan Ogos 2022, Perodua mencatatkan pendaftaran kenderaan sebanyak 26,039 unit, atau peningkatan sebanyak 42 peratus berbanding bulan lalu (18,346 unit) disebabkan gangguan bekalan komponen automotif yang semakin pulih.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, angka tersebut akan ditingkatkan lagi bagi mengurangkan masa menunggu yang terpaksa dihadapi oleh pelanggan-pelanggan Perodua.

Sementara itu, angka pengeluaran yang dicatatkan sepanjang bulan Ogos adalah yang terbaik untuk tahun ini, iaitu sebanyak 28,036 unit yang membolehkan Perodua meningkatkan kadar pendaftaran kenderaan mereka.

Sedan Perodua Bezza merupakan model Perodua yang paling laris, dengan 6,808 unit telah didaftarkan, diikuti Perodua Myvi (6,252 unit) dan Axia (4,857 unit).

Setakat ini, Perodua Alza yang baharu sahaja dilancarkan telah menerima tempahan 51,000 unit, dan 7,682 unit telah pun berjaya didaftarkan sepanjang bulan Julai dan Ogos lalu.

Namun secara keseluruhan untuk tempoh Januari hingga Ogos, Perodua Myvi masih kekal sebagai model yang paling laris dengan 48,658 unit telah didaftarkan, diikuti Perodua Bezza (39,658 unit) dan Perodua Axia (37,013 unit).

Jumlah jualan Perodua untuk tempoh yang sama juga melonjak sebanyak 63.7 peratus kepada 171,728 unit, berbanding 104,933 unit pada tahun lalu yang disebabkan oleh pelaksanaan perintah kawalan berkurung bermula 1 Jun 2021 hingga 15 Ogos 2021.

Tambahnya, isu-isu seperti gangguan bekalan cip semikonduktor dan kekurangan pekerja di operasi pembekal Perodua telah pun diatasi buat masa ini.

Perodua juga sedang mengkaji kesan peningkatan harga bahan mentah pada masa sekarang. Pada masa yang sama, Perodua dan syarikat-syarikat pembekal komponen sedang bekerjasama untuk mengatasi isu kenaikan kos yang sedang melanda.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata, kereta PROTON dan PERODUA menjadi pilihan…
Berita Domestik
Menurut beliau, Perodua telah membangunkan sebuah prototaip berkuasa elektrik hasil kerjasama…