Penduduk rayu pemasangan lampu isyarat, masih menanti tindakan JKR Alor Gajah

oleh SALINA JALIL|
Penduduk Kampung Ayer Hitam Darat dan Tanjung Bidara, Masjid Tanah dekat sini merayu Jabatan Kerja Raya (JKR) segera memasang lampu isyarat di simpang empat Jalan Kampung Solok Duku-Tanjung Bidara berikutan keadaannya yang didakwa berbahaya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Netizen yang kebanyakannya penduduk kedua-dua kampung berkenaan menggesa JKR supaya segera menjalankan kajian mengenai kepentingan menyediakan kemudahan itu bagi mengelakkan kemalangan jalan raya, terutama membabitkan kematian.

 

Netizen yang menggunakan nama Mohd Noh Shipping mendakwa, jalan kedua-dua hala dari Kampung Solok Duku ke Tanjung Bidara yang lurus tanpa sebarang selekoh berbahaya kerana kebanyakan kenderaan dipandu laju.

 

"Kami melalui jalan itu setiap hari untuk pergi dan balik kerja kerana ia adalah jalan pintas dari Masjid Tanah ke Tanjung Bidara juga ke Kuala Sungai Baru.

 

"Kami mohon jasa baik pihak berwajib supaya memandang serius perkara ini," katanya ketika mengulas dalam laman sosial Facebook.

 

Sementara itu, tinjauan NSTP di laluan berkenaan mendapati ada empat tiang lampu disediakan JKR di simpang berkenaan, selain papan tanda amaran mengenai simpang empat bagi laluan dari Kampung Solok Duku dan Tanjung Bidara.

 

Bagaimanapun, garisan belang kuning kira-kira 100 meter sebelum simpang berkenaan sudah pudar, menyebabkan kebanyakan pengguna jalan raya dipercayai kurang mengesan kewujudan simpang empat itu.

 

Tinjauan juga mendapati kebanyakan kenderaan yang melalui laluan berkenaan dipandu agak laju berikutan keadaannya yang lurus dan lebar.

 

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Halim Bachik yang dihubungi berkata, perkara berkenaan akan diteliti bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

 

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika menghampiri simpang berkenaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

 

Jurutera Daerah JKR Alor Gajah, Hafrin Salleh yang dihubungi bagaimanapun enggan mengulas.

 

 

Sumber: NSTP/Berita Harian 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan penggambaran filem kesepuluh Fast X yang sedang berlangsung di lokasi itu, ia juga turut…
Berita Domestik
  "Hasil pemeriksaan tapak itu menunjukkan tren MRT Laluan Kajang yang berjalan di sepanjang…
Berita Global
  “Kementerian jangka pasti ada penduduk yang tetap akan balik beraya di kampung biarpun arahan…