Penerbangan dari Melaka ke Pulau Pinang, Pekanbaru akan disambung semula bermula 12 September

oleh SALINA JALIL|
gambar dari brayn blogspot
Penerbangan Batik Air ke Pekanbaru dan Pulau Pinang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di Batu Berendam di Melaka dijadualkan akan disambung semula mulai 12 September ini.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata penerbangan yang telah digantung sejak 12 Ogos kerana kurang sambutan daripada pelancong tempatan dan asing, akan disambung semula pada 12 September, dengan kekerapan awal dua penerbangan setiap minggu bergantung di atas permintaan pengguna.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Beliau berkata penerbangan pajakan khas dari Melaka ke Surabaya dan Jakarta, Indonesia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka juga akan dimulakan tidak lama lagi.


Dalam perkembangan berasingan, Muhammad Jailani berkata, kerajaan negeri Melaka bersedia mendapatkan dana bagi membantu penubuhan unit atau kawasan kebudayaan di perkampungan Melayu tradisional Kampung Morten di sini bagi merancakkan aktiviti kebudayaan di kampung itu.


“Kampung Morten terkenal dan sinonim dengan industri pelancongan di negeri ini dan kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan dan keperluan kampung.


“Ini bagi memastikan Kampung Morten kekal relevan sebagai destinasi pelancongan yang dipenuhi budaya tradisional Melayu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Semarak Gemilang Jabatan Penerangan Daerah Melaka Tengah pada Sabtu (3 September).

 

 

TheStar

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu dilihat oleh AFP hari ini, dimuat naik ke laman sesawang agensi berkenaan pada akhir…
Informasi
Langkah itu juga sejajar dengan pengumuman baru-baru ini mengenai kelonggaran sekatan perjalanan…
Informasi
"Penubuhan sambungan terus dari PEN menunjukkan dedikasi kami memacu pertumbuhan di hab utara dan…