Penerbangan tergendala akibat cuaca buruk, Batik Air mohon maaf

oleh Penyumbang Rencana|
Batik Air (sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air) dalam satu kenyataan mengumumkan dua penerbangan ke Kuching, Sarawak dan Trichy, India pada 22 Disember lepas terganggu akibat masalah teknikal dan perubahan cuaca.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Astro Awani, dua penerbangan itu telah pun dijadualkan semula, dan Prosedur Operasi Standard (SOP) juga telah dijalankan oleh kru teknikal dan jurutera Batik Air yang terlatih untuk memastikan pesawat itu dapat terbang dengan selamat.

“Batik Air amat menitikberatkan keselamatan penumpang. Kami telah mengambil langkah tambahan untuk memastikan operasi penerbangan kembali lancar, dan insiden yang terjadi itu amat dikesali.

“Kami langsung tiada niat untuk menyebabkan gangguan penerbangan terus berpanjangan, dan kami memberi jaminan kepada orang awam bahawa situasi itu telah ditangani, dan operasi kembali seperti biasa,” menurut kenyataan itu lagi.

Beberapa pengguna telah menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka selepas penerbangan dari KL-Kuching ditangguh lebih lapan jam dari 11 malam kepada 6 pagi.

 


Seorang pengguna yang dikenali sebagai Mohd Firdaus Jailan mendakwa, syarikat penerbangan itu langsung tidak mengendahkan kebajikan penumpang yang terpaksa menunggu di lapangan terbang.

Susulan perkongsian itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata syarikat penerbangan itu akan menghubungi semua penumpang yang 'tersadai' di lapangan terbang, bagi memohon maaf selepas penerbangan mereka tergendala.

Dalam pada itu, Batik Air berkata, punca utama kejadian itu masih dalam siasatan, dan sebarang kelemahan akan diperbaiki untuk meningkatkan taraf penyampaian perkhidmatan pelanggan mereka.

“Sebagai tanda kekesalan, Batik Air akan menghubungi kesemua penumpang terlibat, untuk menyampaikan baucar kepada mereka.

“Kami amat menyesali gangguan yang terjadi sehingga menyebabkan penerbangan itu tergendala, dan mengakibatkan kerumitan kepada pelanggan serta ahli keluarga mereka,” menurut kenyataan itu lagi.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Global
Laporan itu dilihat oleh AFP hari ini, dimuat naik ke laman sesawang agensi berkenaan pada akhir…
Informasi
  "Ini (penerbangan tambahan) merupakan satu pendekatan berkesan menangani masalah kenaikan harga…
Berita Domestik
Loke berkata, "Saya diberi laporan penuh. Pesawat itu terpaksa melencong ke Langkawi, dan sebaik…