Pengangkutan awam termasuk teksi dan e-hailing dibenar beroperasi sepanjang PKP

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk teksi dan e-hailing dibenar beroperasi sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang dilanjutkan hingga 28 Jun ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata setiap kenderaan penumpang pengangkutan awam teksi dan e-hailing dihadkan kepada dua orang iaitu seorang pemandu dan seorang penumpang, termasuk kenderaan bersaiz lebih besar seperti pacuan empat roda (4WD) serta van.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Pengguna pengangkutan awam perlu mendapatkan kebenaran rentas negeri atau rentas daerah daripada polis jika menggunakan mana-mana mod pengangkutan awam bagi perjalanan berkaitan," katanya dalam kenyataan.

 

Ka Siong berkata, pemandu teksi perlu mendapatkan surat kebenaran beroperasi daripada Sistem Maklumat Industri Logistik (SMILE) di https://application.mot.gov.my. manakala pemandu e-hailing pula boleh mendapatkan salinan surat kebenaran Kementerian Pengangkutan (MOT) yang diberikan kepada syarikat operasi e-hailing masing-masing.

 

Beliau berkata, surat itu dan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang dikeluarkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diperlukan sebagai bukti kebenaran beroperasi di sekatan jalan raya (SJR).

 

Katanya, semua pemain industri yang mendapat kelulusan di bawah SMILE sebelum 1 Jun lalu boleh memuat turun semula surat pengesahan beroperasi dalam laman sesawang sama tanpa perlu mendaftar semula.

 

Sekatan pergerakan penuh di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sepatutnya berakhir 14 Jun ini disambung untuk tempoh dua minggu lagi, berkuat kuasa 15 Jun hingga 28 Jun ini.

 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah kes harian yang masih tinggi iaitu melebihi 5,000 kes sehari.

 

 

 

– BERNAMA

Berita Berkenaan

Informasi
  Bagaimanapun, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 memberi kesan kepada aktiviti…
Berita Domestik
    “Polis juga menerima permohonan individu untuk merentas ke destinasi yang merupakan antara…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihak…