Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman - Salah jika gagal pamer LKM

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Tindakan polis mengeluarkan saman terhadap pemandu yang gagal mempamerkan Lesen Kenderaan Motor (LKM), pada 19 Mac lalu selari dengan undang-undang jalan raya.


Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata Kementerian Pengangkutan mengumumkan pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian bagi pembaharuan LKM mulai 1 Februari sehingga 31 Mac ini, namun kesalahan gagal pamer lesen itu masih berkuat kuasa.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

Beliau berkata, penjelasan itu dibuat selepas Persatuan Wakil Takaful Am Muslim (PERWATAM) mempertikaikan saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal atas kesalahan berkenaan, di media sosial.

 

"Kami mengesahkan kejadian itu berlaku di sekatan jalan raya operasi ubah suai ekzos di Kilometer 11.9 Jalan Labohan Dagang-Nilai, Sepang, dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.45 malam, 19 Mac lalu.

 

"Tidak menjadi kesalahan bagi pegawai polis terbabit mengeluarkan saman bagi kesalahan tidak pamer LKM kerana ia tidak termaktub seperti mana arahan kementerian terbabit.

 

"Ini kerana kementerian memberikan pengecualian untuk pembaharuan LKM dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang sudah tamat tempoh dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua berkenaan.

 

"Dalam operasi itu, penunggang motosikal itu dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 20 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan gagal pamer LKM dan bukan atas kesalahan LKM tamat tempoh," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

 

Azisman berkata, semakan mendapati LKM dan insurans motosikal berkenaan masih sah tetapi lesen memandu penunggang motosikal itu tamat tempoh sah pada 26 Januari 2020.

 

"Dalam kes itu, hanya nasihat diberikan kepada pemandu. Ketika kejadian, tiada sebarang bukti dokumen LKM dan 'e-cover note' insurans ditunjukkan penunggang itu seperti didakwa PERWATAM.

 

"Kami berharap penjelasan ini dapat menjernihkan kekeliruan yang timbul. Saya menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi sendiri tanpa merujuk kepada pihak berwajib," katanya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, lori paling berat yang ditahan dalam operasi itu adalah membawa muatan 'pilling'…
Berita Domestik
Beliau berkata, kumpulan motosikal dinasihatkan untuk tidak berhenti di bahu jalan atau di bawah…
Berita Domestik
Menurutnya, pemasangan kamera yang beroperasi 24 jam itu diharap mampu mendidik pengguna jalan raya…