
Inti kepada sistem ini ialah gabungan pintar antara tongkat sisi pengecas (charging kickstand) yang boleh dipasang terus ke hampir mana-mana e-bike, dan tikar pengecas nipis yang hanya perlu diparkirkan di atasnya. Bila tongkat itu mencecah tikar, pengecasan akan bermula secara automatik melalui pemindahan tenaga secara induktif – tanpa perlukan kabel. Menurut TILER, bateri 500 Wh boleh dicas penuh dalam masa kira-kira 3.5 jam, setara dengan pengecas berwayar biasa.
Konsepnya ringkas tapi canggih (walaupun sedikit besar): kurang semak, kurang kabel rosak, dan tak perlu tunduk cari lubang pengecas dalam gelap.

TILER mendakwa sistem ini serasi dengan kira-kira 75% daripada platform e-bike sedia ada, termasuk daripada Bosch, Yamaha, Bafang dan nama-nama besar lain. Kit ini menggunakan kuasa pengecasan tanpa wayar 150W cukup praktikal untuk kelajuan mengecas sambil mengekalkan berat sistem yang ringan (tikar hanya seberat 2kg dan bersifat statik).
Setakat ini, TILER telah memasang lebih 200 titik pengecasan di seluruh Eropah Barat, terutamanya untuk armada e-bike kongsi, penghantaran, hospitaliti dan hotel. Satu kajian kes di Munich menunjukkan pengendali e-cargo bike berjaya jimat kira-kira €1,250 sebulan kos buruh, kurangkan penggunaan bateri ganti, dan rosak bateri menurun sebanyak 20%. Ringkasnya? Kurang selenggara, lebih masa operasi.
Kini memasuki pasaran pengguna, TILER menyasarkan sistem Compact untuk pra-tempahan tidak lama lagi, dengan harga €250 (sekitar RM1,250) untuk set tongkat dan tikar pengecas. Tempahan awal memerlukan deposit €29 (boleh dapat balik bila-bila masa sebelum penghantaran). Tapi jangan terlalu teruja penghantaran dijangka hanya bermula pada musim panas 2026 dan untuk pasaran Eropah sahaja buat masa ini.
Walaupun bukan idea yang sepenuhnya baharu BMW pernah fail paten sistem pengecas motosikal elektrik sebelum ini keberkesanannya nyata. Walaupun ada skeptik meragui kelajuan dan kecekapan pengecasan tanpa wayar, TILER kata tidak. Sistem mereka mengekalkan kecekapan melebihi 85%, hampir menyamai pengecasan berwayar, dan akan berhenti seketika pada 80% untuk jaga kesihatan bateri, kemudian sambung semula bila perlu. Tikar ini juga mendapat penarafan IP67, bermaksud selamat untuk digunakan di luar, dan saiznya lebih kurang setebal majalah.