Pengecualian cukai jalan untuk golongan OKU bermula 15 Mac 2022

oleh Mohamad Hanif|
Selain pengecualian cukai jalan terhadap kenderaan elektrik, pihak kementerian pengangkutan turut mengumumkan pelaksanaan insentif pengecualian cukai LKM bagi golongan kurang upaya (OKU).
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Pengecualian cukai tersebut tertakluk kepada mana-mana kenderaan yang diubahsuai khas untuk kegunaan OKU, atau kenderaan motor yang tidak diubahsuai di mana ia hanya dihadkan kepada kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan kereta nasional sahaja.

Selain daripada golongan OKU, pengecualian cukai jalan ini juga boleh dimohon oleh golongan ibu bapa yang mempunyai anak OKU yang berdaftar, serta pasangan suami/isteri yang mempunyai pasangan OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Namun begitu, pengecualian ini hanyalah tertakluk kepada kenderaan yang telah dilesenkan bermula 1 Januari 2022 sahaja.

Permohonan pengecualian ini boleh dibuat bermula 15 Mac 2022, di mana pemilik atau wakil boleh hadir ke kaunter JPJ untuk menyerahkan kembali LKM, menuntut rebat berdasarkan amaun yang telah dibayar sebelum ini dan seterusnya memohon pengecualian LKM ke atas kenderaan mereka.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin berkata…
Informasi
Sebelum ini tular sekali lagi mengenai pengecualian cukai LKM untuk golongan kurang upaya (OKU),…
Berita Global
Terdapat beberapa versi Ami yang telah diperkenalkan sebelum ini termasuklah versi buggy, dan…