Pengecualian cukai jualan kereta tinggal empat bulan sahaja - Menteri

oleh Mohamad Hanif|
Tinggal empat bulan lagi untuk rakyat Malaysia menikmati insentif pengecualian cukai jualan kereta ke atas pembelian keluaran tempatan atau import sedan, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata, Kementerian Kewangan, menerusi Bajet 2022, telah melanjutkan tempoh insentif pengecualian cukai jualan kereta sehingga 30 Jun 2022 bagi menggalakkan pemilikan kereta, merangsangkan pertumbuhan ekonomi tempatan dan memacu momentum perkembangan sektor automotif.

"Di bawah Bajet 2022, pengecualian cukai jualan kereta kekal seperti mana sebelum ini iaitu pengecualian cukai jualan 100 peratus ke atas kereta penumpang pemasangan tempatan (CKD).

"Manakala, pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus diberikan ke atas kenderaan penumpang pemasangan luar negara (CBU) termasuk MPV (kenderaan pelbagai guna) dan SUV (kenderaan utiliti sukan) merangkumi CBU import baharu dan CBU import terpakai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (Laksana) ke-86 yang dikeluarkan pada Jumaat.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Awal bulan ini, Menteri Pelancongan, Harin Fernando berkata, Sri Lanka merancang memansuhkan visa…
Berita Domestik
Namun disebabkan masalah kekurangan cip semikonduktor yang masih lagi belum reda, sebanyak 264,000…
Berita Domestik
Penganalisis AmInvestment Bank, Muhammad Afif Zulkaplly, berkata jangkaan itu berdasarkan situasi…