Pengecualian cukai untuk kenderaan EV - MAA mohon lanjutan sehingga 10 tahun

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad yang mewakili pengeluar kenderaan di dalam negara, memohon supaya sambungan terhadap pengecualian cukai untuk kenderaan elektrik (EV) dalam Bajet 2023 dilanjutkan.


Pengecualian cukai EV sebelum ini diumumkan dalam Bajet 2022 dan masih lagi berjalan sekarang, menyaksikan semua EV yang diimport sepenuhnya dibebaskan daripada sebarang duti eksais dan import, serta cukai jalan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

"Kami memohon lanjutan pengecualian cukai import dan eksais sepenuhnya bagi unit siap dibina (CBU) EV sementara pasaran sedang bersiap sedia bagi pertumbuhan EV di Malaysia.

 

"Kami berharap akan ada insentif sehingga 10 tahun," katanya kepada Bernama.

 

Walaupun usaha untuk memasang EV sepenuhnya (CKD) mungkin sedang berjalan, angka jualan EV daripada unit CBU mula mencerminkan kenaikan pada tahun ini apabila insentif yang diperkenalkan semasa Bajet 2022 mula memberikan impak.

 

Sebelum ini, Bajet 2022 menawarkan pengecualian duti import dan eksais sebanyak 100 peratus serta cukai jalan sifar bagi EV CBU sehingga 31 Disember 2023 dan pengecualian duti 100 peratus untuk EV CKD sehingga penghujung tahun 2025.

 

Hanya 274 unit EV baharu didaftarkan pada 2021, daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 508,911 unit.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Bagi menyiapkan garis panduan ini, kita bekerjasama dengan Persatuan Arkitek Malaysia, Persatuan…
Berita Domestik
Menurutnya, kenderaan merupakan antara sektor terbesar menyumbang kepada pembebasan karbon yang…
Informasi
  Persatuan itu berkata insentif infrastruktur pengecasan EV perlu ditawarkan bagi menyediakan…