Pengedar baju hujan palsu GIVI ugut pegawai KPDNKK

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengedar dan menjual produk palsu Givi nampaknya tidak mencukupi bagi seorang pengusaha nampaknya.

Pegawai KPDNKK yang ditemani oleh beberapa orang pegawai Givi diberi izin untuk memasuki sebuah premis di Taman Metro Perdana di Kepong dalam jam 11 pagi semalam setelah memujuk pemilik perniagaan tersebut.

Semasa mereka sedang melakukan pemeriksaan di dalam bangunan tersebut, pemilik itu menutup bekalan elektrik dalam usaha untuk membawa lari barangan tiruan yang disimpan di sana melalui pintu belakang.

Cubaan itu bagaimanapun berjaya dihalang oleh pegawai KPDNKK dan pemilik perniagaan tersebut terus mengugut untuk memanggil samseng yang didakwa beliau berada di sekitar kawasan itu jika pegawai KPDNKK meneruskan pemeriksaan.

Perbincangan dilakukan di situ dan akhirnya sebanyak 445 keping sut hujan palsu dengan jenama GIVI dengan nilai RM22,500 di pasaran dirampas.

Pemilik perniagaan itu akan didakwa di bawah Seksyen 8(2) Akta Perihal Dagangan 2011 berkaitan barangan palsu yang melanggar hakcipta.

Di bawah akta itu, pemilik perniagaan tersebut boleh didenda sehingga RM10,000 untuk setiap unit barangan palsu itu atau hukuman penjara tidak lebih dari tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Syabas kepada pegawai KDPNKK yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan berani. Diharapkan agar pihak mahkamah akan mengenakan hukuman yang paling berat agar peniaga-peniaga sampah ini takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

Untuk mereka yang mahu membeli barangan GIVI yang asli, klik pautan ini untuk melihat senarai pengedar GIVI.

Dan ya, pengarang urusan Careta, Hezeri Samsuri mempunyai tiga pasang baju hujan GIVI dan ia memang lasak dan benar-benar kedap air. 

Baju hujan terbaharu dari GIVI pula lebih ringan dan lebih sejuk walaupun dipakai selepas hujan berhenti dan matahari terpacak di atas helmet.

Kalau ia tidak bermutu, masakan ada keparat yang mahu memalsukannya, bukan? 

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mencuri tumpuan sudah pasti skuter kembara Kymco CV-L6.   Seperti yang anda lihat, Kymco CV-…
Berita Domestik
Sebanyak 4,046 helai baju hujan dan 202 pasang kasut hujan dengan jenama Givi disita dan nilai…
Pelancaran
Ia cukup untuk memuatkan dua helmet modular (flip-up) dengan alas lantai untuk memastikan barangan…