Menerusi langkah proaktif ini, HSDM akan menawarkan 'Elaun Kesusahan' kepada perunding jualan dari April hingga Jun.
Subsidi ini akan hanya diberikan kepada perunding jualan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga bulan.
Sementara itu, pihak pengedar pula akan menerima subsidi untuk membiayai kos pemasaran dalam talian dan pembelian cecair pencuci tangan, disinfektan dan termometer untuk digunakan di blik pameran dan pusat servis masing-masing.
Low Yuan Lung, pengarah urusan HSDM berkata, “Wabak ini telah memberi kesan buruk kepada sektor automotif. Kami memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengedar dan perunding penjualan, dan kami berharap subsidi tersebut dapat meringankan beban kewangan mereka dan membantu menangani kos berkaitan langkah kesihatan dan keselamatan di pusat jualan dan servis Hyundai.”
HSDM memberi jaminan kepada pelanggan dan pengunjung bahawa langkah-langkah kesihatan dan keselamatan sudah dilaksanakan di semua pusat jualan dan servis Hyundai yang telah dibuka semula.
Ini termasuk saringan suhu badan untuk kakitangan dan pengunjung, penyediaan cecair pencuci tangan, pembasmian kuman secara kerap serta disinfektasi kenderaan pelanggan, kenderaan bilik pameran serta unit pandu uji (seperti mana yang diterangkan di video di bawah).