Walaupun ada cubaan untuk menggantikan pengelap tersebut dengan sistem yang menggunakan jet udara (seperti mengering tangan di tandas-tandas umum), tiada lagi pembuat kenderaan yang mahu menggantikan pengelap tradisional yang sememangnya jauh lebih murah.
Sejak beberapa tahun lepas, pasaran kenderaan mula diperkenalkan dengan sistem pengelap yang menggunakan bilah tanpa bingkai (frameless wiper blade), atau lebih dikenali dengan nama pengelap cermin depan jenis blade.
Di bawah ini Careta kongsikan kebaikan pengelap jenis blade berbanding dengan pengelap berbingkai tradisional. Fikirkan mana yang sesuai dan adakah ia berbaloi dengan kos yang dikeluarkan.
No |
Pengelap jenis Blade |
Pengelap berbingkai tradisional |
1. |
Mula popular sejak digunakan sebagai alatan standard pada kenderaan awal tahun 2000, terutama pada kenderaan-kenderaan Eropah dan premium.
|
Masih popular pada kenderaan biasa, tetapi makin berkurangan pada model-model Eropah atau premium. Contohnya, trak pikap Ford Ranger telah berhenti menggunakan pengelap tradisional.
|
2. |
Kurang bahagian yang bergerak
|
Pelbagai komponen bergerak |
3. |
Lebih rendah, lebih kecil - senang disorok dibalik hud enjin
|
Tinggi, tebal dan nampak kusut |
4. |
Bentuknya lebih aaerodinamik dan tidak mudah “terangkat” oleh angin |
Boleh “menangkap” angin dan terangkat dari cermin depan – mengurangkan kadar efektifnya
|
5. |
Rekaan bilah seperti “spoiler” dan menggunakan angin untuk menekan bilah rapat ke cermin
|
Kurang tekanan ke cermin |
6. |
Tekanan lebih sekata pada permukaan cermin |
Selalunya cuma beberapa tempat yang lekat rapat pada permukaan cermin
|
7.
|
Ringan |
Lebih berat |
8. |
Direka untuk cermin depan yang melengkung, seperti pada kebanyakan kenderaan baharu
|
Lebih sesuai untuk cermin depan yang kurang melengkung |
9. |
Menghasilkan bunyi dan gegaran yang minima |
Akan berbunyi dan bergegar bila permukaan cermin kesat atau bingkai sudah bengkok atau berkarat
|
10. |
Kos lebih tinggi - dalam RM100 sepasang untuk kereta biasa (dalam RM300 ke atas untuk jenis spesifik bagi kenderaan- kenderaan mewah) |
Kos lebih rendah, separuh dari harga pengilap jenis beam |