Pengeluar automotif Jepun sedih digelar ancaman nasional oleh Donald Trump

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas Huawei, Presiden Amerika Syarikat kini menyerang pula kumpulan pengeluar dari Jepun dengan mendakwa mereka sebagai ancaman terhadap negara tersebut. 

Jumaat lalu, Presiden AS bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Bahagian Perdagangan yang menyatakan bahawa tindakan mengimport kenderaan luar serta alat ganti sejak tahun 1980-an merupakan satu ancaman terhadap keselamatan negara. 

Kesimpulan ini dibuat setelah  melihat kesan perkongsian pasaran kenderaan jenama tempatan yang lama kelamaan semakin mengecil ditelan oleh kenderaan import dari Jepun.

Trump mengugut untuk mengenakan tarif import sebanyak 25% ke atas kenderaan import, satu langkah yang dikatakan bakal menaikkan harga jualan kenderaan, mengurangkan kadar persaingan global kenderaan buatan Amerika dan mengehadkan pelaburan di dalam pasaran nombor dua dunia itu. 
 


Dalam satu kenyataan, Persatuan Pengeluar Automobil Jepun (JAMA) yang dipengerusikan oleh presiden Toyota, Akio Toyoda melahirkan rasa kecewa terhadap keputusan yang dibuat oleh Donald Trump. 

"Kami berasa kecewa mendengarkan keputusan yang dibuat, melihatkan kepada sumbangan jangka panjang kami terhadap Amerika Syarikat tidak dihargai," jelas Toyoda.

JAMA merupakan satu organisasi yang disertai oleh Toyota, Nissan, Honda, Mitsubishi, Mazda, Suzuki, Kawasaki, Yamaha, Subaru dan jenama lain. 

Pasaran Amerika Syarikat merupakan antara pasaran terpenting, dan menurut JAMA, pengeluar Jepun kini mempunyai kira-kira 24 buah kilang, 45 pusat penyelidikan dan rekaan, 39 pusat pengedaran di 28 buah negeri serta memberikan kira-kira 93,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di sana.  
 


Serangan Trump terhadap pengeluar Jepun turut memberikan kesan kepada keputusan Toyota yang mahu melabur sejumlah $13 billion (RM54.41 billion) untuk tempoh lima tahun di Amerika, termasuklah fasiliti bernilai $1.6 billion (RM6.70 billion) di Alabama yang dibangunkan bersama Mazda Motor Corp. 

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
sumber gambar: Nikkei Entah apa bala yang menimpa kebanyakan para pengeluar Jepun yang selama ini…