Pengeluar iPhone dedah tiga model konsep EV - Model C, Model E, Model T

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga artikel ini ditulis, Apple masih lagi dalam usaha untuk mencari rakan yang bersesuaian untuk menjalankan projek kereta elektrik yang telah tertangguh sekian lama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, pengeluar peranti iPhone, Foxconn Technology Group baru-baru ini memperlihatkan tiga buah model konsep EV yang dibangunkan bersama pengeluar automotif Taiwan, Yulon Motor Co Ltd.

Tiga model yang dimaksudkan membawakan nama Foxconn Model C, Model E dan Model T di mana kesemua nama itu sebenarnya telah pun digunakan oleh Ford suatu ketika dahulu (kecuali Model E).
 

E


Menurut laporan, ketiga-tiga model tersebut dijangka akan mula dijual pada tahun 2023, di mana Model C merupakan sebuah crossover kompak, sementara Model E pula sebuah sedan yang direka dengan kerjasama Pininfarina.

Model T pula seperti yang anda lihat pada gambar bawah, ia merupakan sebuah bas berkuasa elektrik.

Tiada sebarang spesifikasi didedahkan, namun crossover elektrik Model C bakal mempunyai keupayaan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat dan jarak operasi sejauh 700 km.
 

T


Sementara Model E pula dijangka membawakan kuasa output sekitar 750 hp dan pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.8 saat.

Foxconn sebelum ini dilaporkan telah membeli kilang yang dimiliki oleh Lordstown Motors bagi persediaan untuk memasang kenderaan elektrik mereka.

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek Horizon Plus Co merupakan salah satu daripada permohonan pelaburan berjumlah 209.5 bilion…
Berita Domestik
Menerusi memorandum persefahaman dengan Dagang NeXchange Berhad (DNex), sebuah kerjasama akan…
Berita Global
Sebelum itu, Foxconn telah menjalinkan usaha sama dengan Fisker Inc dari US dan syarikat tenaga PTT…