Pengeluar Korea tarik nafas lega, kereta tidak tertakluk di bawah larangan eksport ke atas Rusia

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif Korea kini boleh menarik nafas lega susulan pengumuman kerajaan yang mengecualikan barangan pengguna seperti peranti pintar, kereta dan mesin basuh daripada larangan eksport ke atas Rusia, baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Di bawah peraturan Foreign Direct Product Rule (FDPR), barangan yang disebutkan di atas adalah tidak dibenarkan dieskport ke negara Rusia.

Namun, ia dibenarkan sekiranya barangan tersebut dijual sebagai barangan pengguna dan bukan digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Seoul merupakan satu-satunya sekutu Amerika Syarikat yang tidak dikecualikan daripada peraturan FDPR disebabkan pentadbiran Moon Jae-in lewat menyertai usaha sekatan yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

Perkembangan terbaharu ini sekurang-kurangnya mampu membuatkan kebanyakan syarikat elektronik dan automotif Korea menarik nafas lega.

Ini kerana, Rusia merupakan pasaran utama bagi syarikat seperti Samsung Electronics dan LG Electronics, sementara Hyundai (dan Kia) pula merupakan antara pengeluar yang terbesar di pasaran tersebut selepas Renault.

Antara teknologi yang tertakluk di bawah peraturan tersebut termasuklah barangan elektronik (semikonduktor), komputer, komunikasi/sekuriti informasi, penderia/laser, marin, navigasi/avionik, serta aeroangkasa.

Pada ketika ini, sebanyak 32 buah negara termasuk 27 buah negara EU, Australia, Kanada, Jepun, New Zealand dan UK yang telah mengenakan sekatan ke atas Russia selari dengan langkah Amerika Syariakt telah dikecualikan daripada peraturan FDPR.

Sumber: The Korea Times

Berita Berkenaan

Berita Global
Senarai barangan itu merangkumi belon, pesawat layar, pesawat beserta alat ganti, payung terjun,…