Pengganti Jazz, Honda City Hatchback 2021 dilancarkan

oleh Mohamad Hanif|
Versi hatchback kepada sedan Honda City akhirnya rasmi dilancarkan baru-baru ini, dan ia secara langsung menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Honda Jazz yang kini dikhususkan untuk pasaran Eropah dan Jepun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dari segi luaran, secara ringkasnya ia membawakan rekaan yang hampir serupa dengan sedan City, di mana ia berkongsi komponen seperti pintu hadapan, lampu hadapan, gril dan juga bampar.

 


Namun, bermula dari pintu belakang, ia tidak lagi berkongsi komponen yang sama dengan City sedan, di mana garis bumbung juga kini lebih panjang ke belakang, sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah hatchback.

Unit lampu belakang juga membawakan rekaan yang lebih tirus dan grafik ala-ala lampu BWM yang serupa digunakan pada sedan, sebelum diakhiri dengan pemasangan spoiler bumbung.

 


Selain daripada itu, Honda membawakan rekaan yang serupa pada ruang kabin seperti papan pemuka, roda stereng, dan juga sistem infotainmen bersaiz 8 inci yang lengkap dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Namun, Honda tetap mengekalkan ciri praktikaliti yang ada pada model Jazz, seperti contoh tempat duduk belakang fleksibel yang boleh dilipat dalam dua cara.

 


Untuk pasaran Thailand, enjin yang hanya ditawarkan adalah enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 122 PS dan 173 Nm, dipadankan dengan transmisi manual atau CVT.

Namun, untuk pasaran lain seperti Malaysia, berkemungkinan besar ia akan ditawarkan dengan enjin bersesaran yang lebih besar, iaitu 1.5 liter petrol atau diesel bergantung kepada lokasi, serta tidak ketinggalan versi enjin hibrid petrol seperti yang dibawakan oleh Honda Malaysia baru-baru ini.

 


Seperti yang kami pernah laporkan sebelum ini, terdapat kemungkinan besar Honda City Hatchback menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Honda Jazz, dan ini diperkuatkan lagi dengan kehadiran tanda niaga City Hatchback di dalam laman web MyIPO pada penghujung tahun lalu.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sama seperti keluaran sebelum ini, ia masih mengekalkan enjin 1.0 liter turbo dan juga versi hibrid…
Berita Domestik
  HMSB turut memberi kenyataan bahawa mereka juga berjaya menerima lebih 105,000 tempahan dari…
Berita Domestik
Kempen panggil semula ini merupakan salah satu daripada langkah keselamatan berjaga-jaga yang…