Pengguna akui keberkesanan Blaze 100 Petron

oleh Mohamad Hanif|
Bahan api berprestasi tinggi, RON 100 pertama dan satu-satunya di Malaysia diuji tahap kekuasaannya, kecekapan enjin dan penggunaan bahan api oleh pemandu di Malaysia dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Hasil pandu uji menyaksikan Blaze 100 meningkatkan prestasi pemanduan dan merupakan bahan api terbaik untuk perjalanan jarak jauh.  

Manfaat utama yang dilaporkan oleh pelanggan ialah keupayaan tindak balas yang pantas, diikuti dengan bahan api yang ekonomi dan minyak yang memberikan pemanduan yang lancar untuk perjalanan jarak jauh.

Sewaktu Petron Malaysia pertama kali melancarkan bahan api ini pada tahun 2016, pasaran hangat dengan kemunculan bahan api berkuasa tinggi yang baru telah melonjakkan minyak tersebut ke satu tahap yang baru. Blaze 100 adalah pilihan tepat untuk pengguna yang mahukan bahan api yang memberi pengalaman pemanduan berprestasi tinggi yang menarik, terutamanya untuk perjalanan jarak jauh.

Syarikat telah melabur dalam formulasi premium untuk memberikan penambahbaikan dalam perlindungan enjin, penambahan kilometer dan bahan api ekonomi. Dengan formulasi unggul TriAction Advantage, gabungan detergen sintetik penuh, bahan penambah baik pembakaran organik dan bahan pengubahsuai geseran, proses pembakaran bahan api kini bertindak lebih efisyen, sekaligus meningkatkan responsif enjin dan kebersihan serta menggalakkan penjimatan minyak, seperti yang dilaporkan oleh pemandu penguji.

 

 

“Ia lebih berkuasa kerana ia memberi daya pecutan yang lebih baik. Enjin saya bertindak lebih responsif dengan RON 100 dan kebolehan memecut yang lebih pantas. Anda boleh merasai perbezaannya apabila melakukan pemintasan,” kata Daniel Chin Wei Xiong, yang telah menguji Petron Blaze 100 menggunakan kereta Nissan GT-R miliknya.

Pemilik Volkswagen Golf, Lim Jae Sam bersetuju, “Bahan api ini memberikan saya peningkatan kuasa dan daya pecutan yang responsif.”

Penunggang motorsikal Tan Meng Keat yang mengisi motor Yamaha MT-09 menggunakan Blaze 100 berkata, “Saya benar-benar merasakan kekuasaannya dan daya pecutan yang bertambah apabila saya memulas pendikit minyak. Tindak balasnya adalah serta merta. Saya hanya perlu 6 saat sahaja untuk bergerak dari 50hph ke 100kph.”

Daniel memaklumkan, “Enjin saya kini lebih lancar dan ia memberi saya penambahan kilometer. Saya sangat teruja apabila memandu dengan RON 100, ia benar-benar berbeza.”

Tan berkata bahawa motorsikalnya menghasilkan bunyi yang lebih lembut serta kurang getaran dan penyalaan yang mudah. Enjin Nissan GT-R juga ‘lebih lembut dan agak senyap’ apabila menggunakan Petron Blaze 100, tambah Daniel.

 


Pelanggan juga turut menguji kenderaan mereka di lebuh raya untuk menguji kadar penggunaan bahan api. Maklum balas yang diterima adalah sebulat suara setuju - Blaze 100 adalah bahan api yang efisien.

“Penggunaan bahan api saya kini telah berkurangan 15 peratus berbanding bahan api lain. Ia adalah lebih baik dengan Petron Blaze 100, saya percaya bahan api ini mampu memberikan perbezaan kepada kos pemanduan saya dalam jangka masa panjang. Ianya sangat berbaloi,” kata Lim yang menguji bahan api ini dengan Volkswagen miliknya.

Pemilik Nissan, Daniel berkata, “Ia memberikan saya lebih kilometer berbanding RON97 yang saya selalu gunakan sebelum ini. Satu tangki penuh boleh membawa saya sejauh 350km dan bertahan selama satu hingga dua minggu. Saya percaya Petron Blaze 100 akan memberikan nilai penjimatan yang lebih baik untuk jangka masa panjang kerana ia juga memberi perlindungan enjin yang lebih.”

Choong Kum Choy, Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia berkata, “Kami sentiasa komited untuk memberikan produk inovatif yang luar biasa, produk yang mampu memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik. Produk Blaze 100 kami merupakan produk tersebut. Dengan permintaan yang lebih tinggi untuk minyak Blaze 100, kami telah memperkenalkan Blaze 100 di lebih 100 stesen pada hari ini. Ini adalah untuk memastikan lebih ramai pengguna mendapat peluang untuk menikmati kehebatan bahan api ini.”

Blaze 100 kini boleh didapati di lebih 100 stesen servis di seluruh Malaysia bagi memenuhi permintaan pelanggan dalam mencapai pemanduan berkuasa tinggi.