Pengguna EV Thailand bakal nikmati cukai yang lebih rendah

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk menggalakkan lagi penggunaan kenderaan elektrik, kerajaan Thailand akan memperkenalkan skim cukai yang lebih rendah khusus buat para pengguna EV di sana, menurut laporan daripada The Nation.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Insentif ini datang dalam bentuk cukai jalan tahunan yang lebih rendah berbanding kenderaan konvensional.

Pengiraan cukai baharu ini akan dibuat berdasarkan berat kenderaan yang tidak melebihi tujuh tempat duduk pada kadar yang sama seperti kenderaan konvensional melebihi tujuh tempat duduk.

Pengiraan cukai baharu ini turut tertakluk kepada kenderaan lain seperti van, trak, motosikal, teksi, serta kenderaan komersil yang menggunakan trenkuasa elektrik sepenuh masa. 

Menurut timbalan pengarah operasi Department of Land Transport Thailand, Jantira Buruspat berkata, sehingga 31 Disember 2019, sebanyak 40,712,043 kenderaan didaftarkan dan daripada angka tersebut, 2,854 daripadanya merupakan kenderaan elektrik yang turut merangkumi 117 unit bas elektrik. 

Manakala jumlah pendaftaran bagi kenderaan hibrid dan plug-in hybrid pula adalah sebanyak 153,184 unit. 

Sumber: The Nation

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, bagi tempoh itu, rampasan termasuk cukai direkodkan berjumlah RM350.18 juta iaitu…
Berita Global
Borang TM6 ialah kad ketibaan/berlepas, yang mana warga asing perlu mengisi maklumat pasport mereka…
Informasi
Jadi perkara yang disyorkan adalah untuk mengambil insurans Thailand iaitu Insurans Wajib (Ci),…