Pengguna jalan raya dapat suntikan vaksin COVID-19 ketika terperangkap dalam salji

oleh Mohamad Hanif|
Tindakan pantas petugas kesihatan berjaya menyelamatkan enam unit vaksin daripada dibazirkan begitu sahaja akibat tarikh luput yang semakin hampir, walaupun mereka berada di dalam situasi yang tidak diduga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika selesai mengadakan program suntikan vaksin COVID-19 bertempat di Illinois Valley High School, para petugas dari Josephine County Public Health didapati terperangkap dalam ribut salji ketika melalui laluan Highway 199.

Pada ketika itu, ditangan mereka masih terdapat enam unit stok vaksin COVID-19 yang menghampiri tarikh luput.

Tidak mahu membazirkan stok vaksin sedia ada, para petugas kesihatan itu membuat keputusan untuk menawarkan vaksin tersebut kepada pengguna jalan raya yang turut terperangkap di atas lebuh raya tersebut.

Menurut hantaran di Facebook Josephine County Public Health, sukarelawan kesihatan itu kemudian mula menghampiri kenderaan yang terperangkap untuk menawarkan vaksin COVID-19 tersebut.

 


Malah, kesemua enam vaksin yang kian menghampiri tarikh luput itu selamat disuntik kepada lima pengguna jalan raya, termasuklah seorang pekerja Josephine County Sheriff's Office yang kebetulan tidak sempat hadir ke program vaksin yang dianjurkan itu.

Menurut Pengarah JCPH, Mike Weber menjelaskan, ia merupakan antara operasi yang paling sejuk pernah beliau sertai.

Sebagai makluman, vaksin COVID-19 Pfizer perlu disimpan di dalam suhu negatif 70 darjah Celcius, manakala vaksin Moderna pula boleh disimpan pada suhu negatif 30 darjah Celcius.

Apabila dikeluarkan, vaksin Pfizer boleh disimpan di dalam peti sejuk selama lima hari, manakala vaksin Moderna pula mampu bertahan selama 30 hari.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penyelaras penghantar makanan daerah Kinta, Azizal Naziri berkata, 60 penghantar telah menerima dos…
Berita Domestik
  "Pihak MOSTI dan MOTAC bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi mempercepatkan pemberian…
Berita Domestik
  "Berbekalkan sumbangan daripada dana yang dikumpulkan, kita membayarkan pemandu-pemandu teksi…