Pengguna LPT1 dan KL-Karak perlu pantau banjir gelombang kedua

oleh HEZERI SAMSURI|
ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) mahu pengguna lebuhraya tersebut memantau dan merancang perjalanan mereka memandangkan hujan lebat dijangka akan melanda kawasan Pantai Timur hujung minggu ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Radzimah Mohd Radzi, Pengurus Besar Kanan Anih, pihak beliau sedang memantau paras air di laluan utama mereka dan akan terus mengemas kini maklumat.

Laporan terkini untuk lebuhraya KLK dan LPT1 boleh dituruti di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700 untuk maklumat.

Careta yang melalui laluan itu malam tadi dan beberapa hari lepas sempat melihat kerja-kerja pembaikan yang sedang dilakukan oleh ANIH untuk memulihkan lebuhraya-lebuhraya tersebut.

Laluan alternatif untuk ke Pantai Barat jika laluan utama LPT tertutup ialah melalui Lebuhraya Tun Razak (Route 12 Kuantan-Segamat) dan keluar ke Bahau, Batu Kikir, Kuala Pilah dan Senawang.


 

Berita Berkenaan

Informasi
"Sehubungan itu, semua trafik akan dilencongkan untuk menggunakan laluan arah barat (hala ke Kuala…
Berita Domestik
Buat masa sekarang. ANIH telah menempatkan kakitangan operasi mereka selama 24 jam untuk memantau…
Berita Domestik
"Saya telah menghubungi Ketua Pengarah LLM, Sazali Harun untuk mengemukakan laporan penuh selain…