Pengguna PLUS kini boleh makan di medan selera R&R dan hentian sebelah, bermula 16 September

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: NST
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengumumkan lebih daripada 80 peratus rakan niaga di kawasan rehat dan rawat (R&R) kendaliannya telah lengkap divaksinasi dan bersedia untuk menerima kunjungan pelanggan lebuh raya untuk menikmati makan di medan selera.

Bermula 16 September, pelanggan yang telah lengkap dua dos vaksin boleh menikmati makanan di lokasi R&R dan hentian sebelah seperti berikut:

16 September
-Restoran Jejantas Sungai Buloh
-Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Selatan)
-Mambau (Arah Timur)
-Mambau (Arah Barat)

17 September 2021
-Hentian Sebelah Sungai Buloh (Arah Selatan)

18 September 2021
-Dengkil (Arah Utara)
-Dengkil (Arah Selatan)

Bagi mereka yang masih belum menerima vaksin lengkap, mereka juga boleh menikmati pembelian makanan secara bawa pulang dari R&R, serta menggunakan fungsi Pra-Pesanan melalui Aplikasi PLUS untuk meminimumkan interaksi.

Aplikasi PLUS boleh dimuat turun menerusi kedai aplikasi Google Play Store dan Apple App Store.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penutupan lokasi tersebut adalah untuk memberikan laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan jalan…
Berita Domestik
Kejadian kemalangan itu turut tular di media sosial Facebook dan mendapat reaksi netizen. Ketua…
Berita Domestik
Untuk itu, sebuah syarikat tempatan Tapway mahu menyediakan solusi bagi mengatasi masalah kesesakan…