Pengguna Quattro Audi perlu berterima kasih kepada trak tentera ini

oleh Mohamad Hanif|
Quattro - sistem pacuan semua roda yang berjaya menaikkan nama Audi di persada sukan rali dunia menerusi model asal Quattro 1980.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa sistem pacuan semua roda Quattro Audi ini sebenarnya berasal daripada sebuah trak kegunaan tentera.

Trak Volkswagen Iltis Type 183 merupakan hasil daripada permintaan ketumbukan tentera Jerman Barat yang mahukan sebuah kenderaan seakan Jeep bagi menggantikan peranan DKW Munga yang sudah berusia.
 

Iltis


Ketika fasa pengujian Iltis di atas jalan bersalji sekitar 1976, jip tentera itu dilihat berjaya meninggalkan kenderaan yang lebih berkuasa, terima kasih kepada sistem pacuan yang dipadankan.

Dan pada ketika itu juga, jurutera Audi Jorg Bensinger mendapat idea untuk melengkapkan kereta produksi mereka dengan prinsip dan teknologi yang serupa. Selebihnya merupakan sejarah yang membentuk jenama Quattro itu sendiri.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan secebis sejarah Quattro, laman Bring A Trailer menyenaraikan sebuah trak Iltis 1985 yang sedang mencari pemilik baharu.
 

Iltis


Secara teknikalnya, ia bukanlah sebuah Volkswagen, akan tetapi sebuah Bombardier Iltis di mana pada ketika itu Bombardier telah diberikan kebenaran berlesen untuk membina jip tentera untuk kegunaan pasukan askar Kanada.

Ia didatangkan dengan kelengkapan tipikal seperti tiang komunikasi, unit GPS, serta unit komunikasi radio yang terletak di bahagian tempat duduk belakang.

Kemasan luaran merangkumi bumbung daripada kanvas, bekas jerrycan, brush guard, dan kemasan warna samaran tentera.
 

Iltis


Pada ketika ini, bidaan untuk Bombardier Iltis 1985 dengan jarak perbatuan sejauh 3,600 km ini mencecah $6,800 (RM28,288) sebelum ia berakhir dalam tempoh tiga hari lagi.

Sumber: Bring A Trailer