Pengguna Shell, BonusLink boleh sumbang dana COVID-19 guna mata ganjaran!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk meringankan beban yang ditanggung oleh petugas baris hadapan ketika wabak COVID-19, Shell Malaysia meneruskan tanggungjawab sosial mereka dengan menyumbang barangan keperluan seperti alat pembasmi kuman, air mineral, makanan dan minuman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sumbangan tersebut disalurkan kepada para petugas baris hadapan di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur dan juga Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. 

Selain daripada itu, menerusi stesen minyak di seluruh negara, Shell Malaysia turut mengagihkan barangan keperluan kepada komuniti lokal dan petugas baris hadapan yang turut merangkumi peralatan seperti lampu dan kipas untuk kegunaan khemah sementara. 

 


Menurut Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata, "kami mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh petugas-petugas rakyat Malaysia yang serba berani ini, dan kami berharap sumbangan ini mampu memberikan sokongan yang diperlukan. 

"Kami juga turut mempunyai barisan petugas hadapan yang tersendiri yang bekerja setiap hari untuk menjaga keperluan para pelanggan, serta memastikan hero negara mampu bertugas demi keselamatan setiap rakyat Malaysia. 

 


Selain daripada sumbangan berbentuk peralatan perubatan dan barangan keperluan, Shell dan BonusLink juga turut memperkenalkan inisiatif yang membolehkan pengguna kad BonusLink menderma dalam bentuk mata ganjaran yang terkumpul. 

Bermula 2 sehingga 7 April 2020, ahli kad BonusLink boleh menyumbang minimum 100 mata ganjaran (bersamaan RM1) yang akan disalurkan kepada Dana COVID-19 untuk pembelian peralatan perubatan, pakaian pelindung dan barangan lain yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 
 


Sumbangan boleh dilakukan menerusi laman web www.bonuslink.com.my atau menerusi aplikasi BonusLink yang boleh dimuatturun untuk peranti Android dan iOS. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
ParkEasy merupakan satu medium pintar yang membolehkan pemandu menempah slot parkir di pusat…
Berita Domestik
  Pengarah Urusan Randstad bagi Singapura dan Malaysia, Jaya Dass, berkata pencapaian Shell…
Berita Domestik
Kempen yang berlangsung selama enam minggu bermula dari 17 Ogos sehingga 27 September 2020 ini…