Penghantaran Ferrari SF90 Stradale terjejas akibat COVID-19

oleh Mohamad Hanif|
Kesan dan impak yang dihasilkan daripada wabak pandemik COVID-19 turut dirasai oleh pengeluar automotif Prancing Horse, Ferrari.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana untuk tempoh setengah tahun pertama 2020, Ferrari hanya mampu menjual 4,127 unit kenderaan, penurunan 22 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Selain daripada itu, ia turut memaksa Ferrari menghentikan sementara operasi pengeluaran dan pengedaran beberapa buah model, termasuklah model pertama PHEV SF90 Stradale.

 


Diperkenalkan pada Mei 2019, Ferrari mensasarkan pengedaran supercar PHEV tersebut bermula dalam tempoh separuh pertama tahun ini, namun perancangan tersebut gagal akibat COVID-19.

Ini bermakna, Ferrari akan memulakan penghantaran model tersebut dalam masa terdekat untuk pelanggan di Eropah, manakala pembeli di Amerika Syarikat perlu bersabar menunggu dalam masa dua bulan lagi.

Dalam satu perkembangan positif, CFO Ferrari Antonio Picca Piccon mendedahkan bahawa Ferrari masih merancang untuk memperkenalkan dua lagi model baharu menjelang akhir tahun ini walaupun terdapat cabaran yang perlu dihadapi akibat coronavirus.

Tiada sebarang butiran lanjut diberikan, namun terdapat sesetengah laporan yang mencadangkan dua model baharu tersebut adalah SF90 Stradale Spider dan 812 Superfast dengan spesifikasi yang ditambah baik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antaranya, memandu sebuah Ferrari SF90 Stradale di dalam litar!           View this…
Berita Global
Gambar acah rasmi yang didedahkan baru-baru ini memperlihatkan rekaan sebenar SUV pertama…
Berita Global
Namun bagi para pemilik yang masih tidak berpuas hati, usah risau kerana penala terkenal dari…