Pengimport Subaru UK bakal ambil alih khidmat selepas jualan Mitsubishi UK

oleh Mohamad Hanif|
Umum telah pun mengetahui langkah terbaharu yang diambil oleh Mitsubishi untuk keluar dari pasaran Eropah dan syarikat itu telah pun menjual kesemua model-model warisan yang dimiliki kepada pihak yang berminat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna tiada lagi kehadiran jenama tersebut untuk pasaran Eropah, namun bagaimana pula dengan nasib pelanggan-pelanggan Mitsubishi?

Laporan terbaharu daripada CarThrottle menyebut pengimport kenderaan Subaru, International Motors telah bersetuju untuk mengambi alih perkhidmatan selepas jualan kenderaan Mitsubishi.

Selain daripada itu, jaringan pengedar Mitsubishi sedia ada juga akan terus dibuka dalam tempoh terhad bagi menghabiskan stok jualan model-model Eclipse Cross dan Shogun Sport.

Ini bermakna, para pemilik Mitsubishi masih lagi boleh mendapatkan khidmat servis, pembaikan dan perolehan alat ganti daripada IM.

Namun, laporan terdahulu daripada Financial Times mencadangkan Mitsubishi mempertimbangkan untuk terus bertapak di Eropah dengan menggunakan fasiliti Renault, bertentangan dengan pelan penyusunan strategi "Small but Beautiful" antara ketiga-tiga jenama pakatan itu.

Sumber: CarThrottle