Penguatkuasaan kerusi keselamatan kanak-kanak ditangguhkan!

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan menangguhkan penguatkuasaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) sehingga akhir tahun ini.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata bagaimanapun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneruskan pendidikan, advokasi dan juga memberi nasihat berhubung penggunaan CRS.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, kementerian juga sedang merangka cara penyelesaian jangka panjang yang dapat melindungi tahap keselamatan kanak-kanak tanpa membebankan rakyat, khususnya ibu bapa.

 

"Kita akan teruskan penggunaan CRS (tetapi) kita tidak akan kenakan saman dan kita lanjut (tangguh saman) sampai hujung tahun.

 

"Kita sedang mengkaji dari segi ketinggian dan umur. Kita melihat praktikal kalau di Jepun, kanak-kanak dibawa umur enam tahun, di Eropah dia sampai 15 tahun, ada yang sampai (tinggi) 150 sentimeter (cm).

 

"Adakah nilai ambang (tinggi) 135 cm dan (berat) 36 kilogram ini adalah nilai ambang yang patut kita terima pakai. Kesemua ini kita dalam peringkat kajian dan MIROS sedang buat kajian secara khusus," katanya.

 

 

Beliau berkata, kerajaan sedar wujudnya kekangan memperluas pelaksanaan peraturan CRS kepada kenderaan perkhidmatan awam seperti bas henti-henti, bas ekpress, teksi dan kenderaan e-hailing di atas faktor praktikaliti.

 

Sebagai contoh, katanya, peralatan CRS mungkin tidak sesuai dipasang di atas tempat duduk dalam bas selain kekangan menyediakan peralatan CRS bersesuaian untuk satu kanak-kanak oleh perkhidmatan teksi dan e-hailing, mengambil kira saiz kanak-kanak yang berbeza-beza.

 

"Saya sudah mengarahkan MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) untuk mengadakan perbincangan terperinci dengan pihak persatuan pengeluar dan penjual kenderaan serta pihak pembuat dan pengimport CRS ke arah mengurangkan kos jualan CRS.

 

"Bagi perkhidmatan teksi dan e-hailing, penggunaan CRS adalah digalakkan. Penyedia perkhidmatan adalah digalakkan untuk menyediakan CRS universal bagi kegunaan pelanggan.

 

Katanya, bagi meningkatkan tahap keselamatan penumpang di dalam bas ekspres, kerajaan sudah mewajibkan peraturan pemasangan tali pinggang keledar di dalam semua bas ekpress bagi bas binaan baharu bermula tahun ini.

 

"Saya juga sudah berbincang dengan pelbagai pihak berkepentingan mengenai pendekatan terbaik mengenai pelaksanaan dasar CRS," katanya.

 

- saman ditangguh dahulu, tetapi perlukah anda mengambil risiko nyawa anak-anak anda? -

 

BH

Berita Berkenaan

Informasi
  MIROS dalam kenyataan hari ini (Sabtu) telah memaklumkan program rebat pembelian kerusi…
Informasi
Menurut Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), kanak-kanak yang mempunyai ketinggian…
Informasi
  Ini dibuktikan dengan jelas untuk produk Recaro di dalam kategori kerusi keselamatan kanak-kanak…