Penguatkuasaan khas ke atas kenderaan trak 'pikap'

oleh SALINA JALIL|
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah membuat penguatkuasaan khas ke atas kenderaan trak "pikap" di sekitar Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang.


Penguatkuasaan khas ini diadakan selama 5 hari bermula 7 November hingga 11 November 2020, dengan memberi tumpuan pelbagai kesalahan serta memastikan pemandu dan pemilik kenderaan trak "pikap" ini mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

 

Sebanyak 305 buah kenderaan trak "pikap" telah diperiksa, daripada jumlah itu, 73 buah telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, Lesen kenderaan motor (LKM ) tamat tempoh, tiada perlindungan insuran, gagal patuhi lampu isyarat merah, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, penggunaan cermin gelap tanpa mengikut spesifikasi dibenarkan, nombor pendaftaran "fancy", memasang "strobe light" dan pengubahsuaian tanpa kebenaran.

 

Pemandu dan pemilik kenderaan trak "pikap" juga dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang- undang serta sebarang pengubahsuaian kenderaan perlu mendapat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ.

 

saman 1

 

 

Info dari JPJ Pulau Pinang

 

 

saman 2

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah JPJ negeri, Zulkifly Ismail, berkata berikutan kesalahan itu kerajaan mengalami ketirisan…
Berita Domestik
Operasi bermula 10 malam dan berakhir 8 pagi itu membabitkan lokasi di Plaza Tol Juru, Plaza Tol…
Berita Domestik
Operasi bermula 11 malam semalam (Rabu) hingga 6 pagi Khamis yang membabitkan 20 pegawai dan…