Pengumuman FB Majlis Perbandaran Klang benar bengkel dibuka untuk urusan kecemasan?

oleh Mohamad Hanif|
gambar sekadar hiasan
Dalam SOP terbaharu yang dikeluarkan untuk kawasan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan), operasi bengkel kenderaan dan perniagaan alat ganti tidak lagi dibenarkan beroperasi.

Ia juga turut melibatkan pusat-pusat servis kenderaan di mana kerja-kerja seperti penyelenggaraan am, servis berkala serta kerja membaikpulih yang kritikal kini tidak lagi dibenarkan, berbanding arahan yang dikeluarkan sebelum ini.

Namun, berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh laman Facebook Majlis Perbandaran Klang, ia memberikan bayangan bengkel kenderaan dibenarkan beroperasi untuk tujuan kecemasan sahaja.

Ini bermakna, sekiranya terdapat insiden yang tidak diingini, perkhidmatan 'emergency on-call' adalah dibenarkan, dan mekanik dibenarkan datang untuk melakukan pembaikan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Dalam Ops Pecah bermula pukul 9 pagi itu, Majlis Perbandaran Klang (MPK) turut ‘memecahkan’ ramp…
Berita Domestik
Menurut pengarah Jabatan Kejuruteraan MPK Zamri Othman berpendapat, pemasangan rumble strip…
Berita Domestik
Beliau berkata, sebelum ini, premis yang dijadikan lokasi penyimpanan lembu-lembu berkenaan telah…