Pengumuman harga motosikal 150cc ke bawah tertangguh - kerajaan masih alami kekusutan

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengumuman harga-harga motosikal CKD di bawah 150cc selepas insentif bebas duti eksais di bawah program PEMERKASA nampaknya masih belum muncul-muncul.

Careta difahamkan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) masih belum bertemu kata sepakat dengan pengeluar-pengeluar motosikal berkaitan stok-stok motosikal sekarang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Insentif bebas duti eksais itu diberikan untuk motosikal pemasangan tempatan (CKD) dengan kapasiti enjin 150cc dan ke bawah.

Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 17 Mac lalu turut berkata bahawa insentif tersebut akan bermula pada 1 April ini.

Akibatnya, jualan motosikal terbantut kerana semua mahu menunggu insentif tersebut dan pengedar-pengedar motosikal dibebani dengan stok-stok berlebihan yang duti eksaisnya sudah terbayar.

Careta juga difahamkan bahawa Persatuan Pemasang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM) sedang dalam perbincangan bersama MOF untuk menyelesaikan isu ini.

 

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Bukan rahsia lagi bahawa kerajaan Hong Kong benar-benar mendorong penjualan EV dengan memberikan…
Berita Global
Jumlah subsidi sebenar akan bergantung kepada kadar pelepasan karbon, yang termasuk ketika…
Berita Domestik
"Kita faham buat masa ini harga tiket penerbangan tinggi dan antara faktor peningkatan ini adalah…