Pengusaha Petron hulur sumbangan kepada petugas baris hadapan, komuniti

oleh Mohamad Hanif|
103 pengusaha stesen Petron di seluruh Malaysia telah berganding bahu menghulurkan sumbangan berbentuk PPE dan barangan makanan bernilai lebih daripada RM120,000.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sumbangan tersebut termasuklah beras, minyak masak, topeng muka, tudung, sarung tangan, peralatan penyukat suhu badan dan cecair sanitasi tangan ini disalurkan kepada komuniti, hospital, polis, serta askar yang membantu menjaga keselamatan.

Sementara itu, 24 pengusaha di Kelantan turut menyumbang peralatan PPE kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan serta ke pusat kuarantin berdekatan.

 


Manakala para pengusaha Petron di Tawau, Sabah dan Sabah West Coast Interior pula membantu komuniti yang terkesan dengan impak Perintah Kawalan Pergerakan edngan menyalurkan sumbangan berbentuk makanan kepada 130 buah keluarga di Pusat Bimbingan Batu 5.5 Jalan Apas dan Kg Sentosa Hilltop.

Petron Setia Alam pula telah memulakan inisiatif "Kaunter Makanan Percuma" di mana orang ramai boleh menyumbang bahan seperti beras, sardin, tepung, garam, gula dan susu di kaunter yang terbuka kepada sesiapa yang memerlukan secara percuma.

Lebih banyak stesen Petron, seperti Petron Bandar Ainsdale, Petron Bandar Dungun SB, dan 10 stesen lain juga akan mengikut jejak langkah ini dengan membuka kaunter makanan percuma di stesen mereka.

 


Peka dengan keadaan NGO dan rumah kebajikan yang turut terjejas dalam pandemik ini, 3 pengedar LPG telah menyumbang 72 tong gas kepada mereka yang terlibat agar mereka dapat meneruskan perkhidmatan dalam penyediaan makanan kepada komuniti yang memerlukan.

Bantuan tong gas silinder LPG tersebut telah disalurkan kepada Food Aid Foundation dan Pertiwi Soup Kitchen serta NGO berdekatan untuk menyediakan makanan kepada barisan petugas hadapan dan gelandangan. Inisiatif ini dapat meringankan bebanan kewangan NGO dan membantu mereka fokus untuk terus berkhidmat untuk komuniti.  

Sebagai menyokong perkhidmatan penghantaran makanan, 48 karton pelincir Petron Rider 4T Monograde SAE 40 dan Multigrade 20W40 telah diagihkan kepada penghantar makanan untuk membantu memastikan prestasi motorsikal mereka berada dalam keadaan yang baik sepanjang fasa PKP. Pelincir minyak ini telah diagihkan kepada para penghantar makanan melalui 24 stesen Petron di area Lembah Klang.

 


Sejak bermulanya wabak ini, pengusaha stesen Petron dan pengedar LPG serta pelincir telah mula aktif membantu komuniti di kawasan kejiranan mereka, pelanggan dan orang ramai.

“Kami sangat berbangga dan menghargai usaha dan kemurahan hati pengusaha dan pengedar kami yang telah menyumbangkan makanan, air mineral, PPE, pakaian dan juga wang tunai. Sumbangan mereka pasti mendatangkan manfaaat kepada masyarakat,” kata Faridah Ali, Pengurus Besar Petron Malaysia.