Peningkatan kes kemalangan kenderaan berat - JPJ, SPRM akan laksana 'spot check' di Puspakom

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat pemeriksaan Ops Puspakom di seluruh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi mengurangkan risiko kemalangan terutama kenderaan perdagangan.


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata buat julung kali, pihaknya membuat operasi di tempat pemeriksaan kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, beliau sudah meminta pasukannya membuat pemeriksaan di PUSPAKOM Wangsa Maju dan kemudian diperluaskan ke seluruh negara.

 

"Kita tidak akan maklumkan terlebih dulu bila akan masuk bersama SPRM ke PUSPAKOM untuk membuat pemeriksaan.

 

 

"Ini menunjukkan komitmen tinggi kita untuk memastikan kenderaan yang melalui proses pemeriksaan di PUSPAKOM apabila keluar dalam keadaan status cukup bersedia untuk digunakan tanpa memberi sebarang ancaman keselamatan dari segi mekanikal dan teknikal yang tidak lengkap," katanya pada sidang media di PUSPAKOM Wangsa Maju, di sini, hari ini.

 

Zailani berkata, pasukan daripada kejuruteraan automotif JPJ bukan saja di ibu pejabat, tetapi di seluruh negara membuat pemeriksaan di PUSPAKOM sekurang-kurangnya seminggu sekali.

 

"Ia bagi melihat aspek pemeriksaan kenderaan dibuat dengan lancar dan mengikut peraturan tatacara sebenar serta sepatutnya.

 

"Pihak PUSPAKOM diminta melaksanakan operasi dalaman secara lebih kerap dan mereka ada audit dengan tatacara sendiri serta diperhatikan pasukan kejuruteraan automotif JPJ," katanya.

 

Beliau berkata, antara lain mereka akan menyemak semula pemeriksaan bagi item membabitkan keselamatan tinggi seperti tayar, brek dan lain-lain.

 

Katanya, dalam operasi hari ini, sebanyak 256 kenderaan diperiksa dengan 140 kenderaan diambil tindakan membabitkan 73 saman dikeluarkan.

 

"Malah dalam operasi hari ini ujian saringan air kencing ke atas 12 pemandu mendapati tiga daripadanya positif dadah," katanya.

 

-  Rakyat berharap operasi sebegini telus tanpa pengkhianatan dan diteruskan 'spot check' sebegini kerana ia melibatkan nyawa para pengguna jalan raya -

 

Berita Harian