Penipu sasar pemandu kereta

oleh HEZERI SAMSURI|
Orang awam diminta berhati-hati kerana sudah wujud kes penipuan yang mensasarkan pemandu kenderaan di jalanraya.

Menurut akhbar The Star, Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA menerima aduan dari seorang wanita berusia 32 tahun yang mengaku menjadi mangsa "scam" tersebut.

Wong berkata beliau sedang memandu dari Jalan Sultan Ismail menghala ke Mid Valley menggunakan Jalan Kuching bila terdengar bunyi seperti kenderaannya dilanggar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

"Saya teruskan memandu dan berhenti di lampu isyarat. Pada masa itu, seorang penunggang motosikal melambai pada saya dan memberi isyarat bahawa saya telah melanggarnya," terang Wong.

"Lelaki itu memperkenalkan namanya sebagai Jay Lim dan  beliau menghubungi seorang mekanik. Jay kemudian meminta RM1,000 dari saya sebagai gantirugi kos membaiki motosikalnya," katanya.

Lelaki itu kemudian meminta Wong mengaku menjadi sepupunya kerana beliau akan melaporkan kejadian tersebut sebagai kemalangan sewaktu pergi bekerja agar layak menerima pampasan dari SOCSO. 

"Kemudian saya menerima satu pesanan Whatsapp dari seorang perempuan yang mengaku bekerja sebagai kerani akaun dari syarikat Jay bekerja dan memberikan butiran akaun," tambah Wong.

Wong akhirnya memindahkan wang RM1,000 ke pada nombor akaun yang diterima dari pesanan Whatsapp tersebut.

Selepas beberapa hari, Wong menerima panggilan dari Jay yang mendakwa kos perubatan beliau mencecah RM670. Kos pembaikan motosikal pula meningkat ke RM2,450.

"Saya masukan duit tersebut secara berasingan. Jay menelefon saya lagi dan berkata jumlah itu tidak mencukupi.  Saya perlu membayar tambahan RM878 dan RM300, keduanya dibayar pada dua akaun berlainan," tambah Wong.

"Saya mula merasa sangsi dan enggan menjawab panggilan Jay lagi. Kemudian saya menerima teks meminta wang tunai sebanyak RM3,078," kata Wong. 

Wong enggan membayar dan Jay dan rakannya mula mengugut untuk berkongsi kes Wong di media sosial agar tular.

Menurut Datuk Seri Michael Chong, ketua Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA, beliau sudah menerima tiga kes yang sama.

"Pengguna jalanraya harus melaporkan apa-apa kes kemalangan kepada pihak polis. Sebarang pampasan akan dibayar oleh syarikat insurans," terang Michael.

Careta harap agar pembaca jangan mudah terpedaya dengan cara penipuan ini. 

Jika ada sesiapa yang kelihatan mencurigakan meminta anda memberhentikan kenderaan anda, jangan keluar dari kenderaan. Turunkan tingkap sedikit dan ajak beliau berhenti di balai polis terdekat. 

Untuk kaum wanita, segera telefon keluarga dan beritahu lokasi anda.

Pemasangan kamera (dash-cam) juga sangat digalakkan.

* Laporan asal dari The Star.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"(Ia) termasuk memaparkan gambar lesen memandu JPJ bagi menarik dan memikat orang ramai mendapatkan…
Berita Domestik
Isu itu menyebabkan imej syarikat dan perniagaan mereka tercalar sehingga menimbulkan kebimbangan…
Berita Domestik
Sewaktu sedang melayari Facebook (FB), katanya, dia terpandang iklan jualan lelong motosikal dengan…