Penjenamaan semula kali ketiga, EON lancar logo baharu

oleh SALINA JALIL|
Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) melancarkan logo syarikat yang baharu, menandakan penyertaan Proton sebagai salah satu jenama di bawah naungannya.


"EON kini mengendalikan sembilan pusat pengedaran Proton selepas mengambil alih cawangan-cawangan berkenaan daripada Proton Edar Sdn Bhd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Ini adalah penjenamaan semula kali ketiga EON, ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai pengedar eksklusif kereta Proton di Malaysia," kata EON dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

 

EON berkata, pada tahun 1990, perubahan kecil pada logo dibuat sempena penyenaraian mereka di Bursa Malaysia, EON kemudiannya telah dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia sebagai sebahagian daripada langkah penyusunan semula syarikat.

 

Selain itu, EON juga telah mengumumkan permulaan perniagaan pengedaran Proton.

 

EON kini memiliki sembilan pusat pengedar Proton, termasuk empat pusat 4S (penjualan, servis, alat ganti, badan dan cat) dan tiga cawangan 3S (jualan, servis, alat ganti) .

 

Empat cawangan itu berada di wilayah tengah, manakala dua cawangan, masing-masing di Johor dan Pulau Pinang.

 

EON berkata, berkuat kuasa hari ini, kesemua sembilan cawangan terbabit akan berada di bawah pengurusan EON.

 

"Ketika Proton kembali kukuh dengan model terbaharu serta rangkaian model-model berwajah baharu mereka, EON kini berada pada kedudukan terbaik untuk mengambil kesempatan daripada populariti kereta nasional pada masa ini," katanya.

 

EON berkata, kemasukan Proton kepada barisan jenama yang diuruskan EON memperkukuhkan senarai jenama-jenama yang diuruskan olehnya.

 

Ketika ini, ia turut mengedarkan jenama tersohor Jerman iaitu Audi dan Volkswagen serta kenderaan Mitsubishi dari Jepun.

 

 

-BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…
Berita Domestik
Skim ini menawarkan pembiayaan kereta mampu milik dengan ansuran rendah untuk tiga tahun pertama…
Berita Domestik
Dengan pelancaran Proton EON 3S-Platinum di Alor Setar ini mampu memperkukuhkan lagi kehadiran…