Penjual buah tepi jalan jadi punca kemalangan dikecam

oleh Penyumbang Rencana|
foto dari tangkap layar video
Tular sebuah video yang memaparkan tindakan seorang penjual buah melintas jalan secara melulu mengundang padah apabila dirempuh sebuah motosikal.

Penjual buah tersebut dilihat cuba melintas ke seberang jalan sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau.

Sebuah motosikal kemudian merempuh lelaki berkenaan dan turut melanggar sebuah lagi kereta.

Tinjauan di ruangan komen media sosial mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan peniaga buah tersebut yang dikatakan menjadi punca kemalangan berlaku.

Di Facebook Careta sendiri, video tersebut telah dikongsi sehingga 141 perkongsian dan antara komen-komen yang mendapat tanda suka yang banyak  adalah dari ZFirdaus Hamid yang berkata, jangan jadikan amalan membeli dari penjual buah di tepi jalan raya kerana bila tiada pembeli makan tiada lagi aktiviti ini.

Syakir Fadaly pula menulis komen bahawa jika tidak dibanteras kegiatan ini, Malaysia akan berubah jadi seperti di Bandung, Indonesia. Lama kelamaan pelbagai aktiviti lain seperti busking akan diadakan di tepi jalan raya untuk menjana pendapatan.

Antara komen lain adalah dari Abdul Hamid Nasution yang menulis, bila tindakan diambil ke atas penjual buah tepi jalan, ramai pula berkata tindakan tersebut kejam.

Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara, sekiranya ia mendatangkan musibah, ia perlu dielakkan.

Video tular di sini:

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beberapa rakaman video yang tular memaparkan sekumpulan individu berada di atas jalan, manakala…
Berita Domestik
Pemandu kenderaan yang merakam aksi kanak-kanak tersebut dilihat membunyikan hon beberapa kali ke…
Berita Domestik
Beliau berkata, mangsa yang berusia 29 tahun membuat laporan polis jam 4.29 petang tadi mendakwa…