Penstrukturan duti - kereta CKD bakal naik harga?

oleh Mohamad Hanif|
Kenderaan yang dipasang secara tempatan (CKD) berkemungkinan besar terkesan dengan peningkatan kos berikutan penstrukturan semula cukai automotif oleh kerajaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun tidak jelas bagaimana kadar baharu ini bakal memberikan kesan kepada duti keseluruhan, satu sumber memberitahu beliau melihat kenaikan harga pada kenderaan yang dipasang secara tempatan. 

"Dengan gazet duti eksais yang dikeluarkan pada 31 Disember, kenderaan CKD mungkin akan terpaksa membayar cukai yang lebih tinggi, namun kami masih menganalisa impak yang terhasil," ujar beliau memberitau StarBiz.

Terdahulu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang dalam perbincangan untuk melaksanakan penstrukturan semula duti kenderaan import. 
 


Kenaikan harga jualan kenderaan mungkin akan menyebabkan kadar penjualan kenderaan menurun, melihatkan kepada sentimen pelanggan masa kini. 

Seorang pemerhati industri turut menyebut bahawa sebilangan besar kereta yang dijual di Malaysia adalah dalam bentuk CKD. 

"Ini menjadikan kereta import sepenuhnya (CBU) lebih menarik perhatian, namun permit yang diluluskan tidak boleh melebihi 10 peratus daripada jumlah volum industri (TIV) kenderaan CKD. 

Di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN, duti import untuk kenderaan CKD dan CBU dari negara ASEAN telah berkurang menjadi 0%, manakala kenderaan dari negara bukan ASEAN, duti import yang dikenakan adalah sebanyak 10 peratus (CKD) dan 30% (CBU).

Penstrukturan semula duti yang dijelaskan mungkin perlu dilihat semula memandangkan sebilangan besar pengeluar CKD tempatan dilihat cuba melarikan diri dengan keuntungan besar tanpa menjelaskan dengan teliti peratusan kandungan import pada kenderaan mereka. 
 


Kenaikan harga bakal menjadi satu langkah yang kurang popular, mengikut kata seorang pemerhati industri. 

"Jika ini berlaku, ia akan memberikan manfaat kepada kereta nasional, namun ia akan menghalang penglibatan pelaburan asing ke dalam industri," jelas beliau lagi. 

RHB Research menegaskan, walaupun dengah menurunkan harga kenderaan akan memberikan impak positif jangka panjang, langkah tersebut lambat laun akan turut memberikan kesan negatif kepada industri.

"Objektif penurunan harga mampu dicapai untuk tempoh sederhana, namun pelaksanaan dalam masa yang singkat akan memberikan kesan kepada nilai kenderaan sehinggalah pasaran mampu menyerap sepenuhnya perubahan tersebut.

"Contoh paling hampir, perubahan struktur duti selepas pengumuman Dasar Automotif Nasional (NAP 2006) menyebabkan kejatuhan jumlah jualan kenderan baharu, dan ia mengambil masa lebih daripada 12 bulan untuk kembali pulih.

"Jenama bukan nasional akan terkesan dengan ketara memandangkan jenama nasional secara umumnya mempunyai duti eksais yang lebih rendah disebabkan tinggi kandungan tempatan. 

Sumber: The Star

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…
Berita Domestik
Selain berpeluang melihat dengan lebih dekat beberapa buah model yang dijangka akan masuk Malaysia…
Berita Domestik
Usaha sama pertama dengan Go Auto adalah untuk mengimport kenderaan elektrik di bawah jenama Neta,…