Penting sangat ke tukar minyak enjin (pelincir/hitam)?

oleh SALINA JALIL|
Mungkin anda tidak sendirian dalam hal ini. Boleh dikatakan setiap pemilik kereta telah melakukannya sekali dua, iaitu menunggu lebih lama sedikit dari sela masa atau bacaan odometer yang ditetapkan untuk melakukan penukaran minyak. Lebih-lebih lagi kereta yang telah tamat tempoh waranti!


Malah kadangkala mungkin terasa malu apabila anda akhirnya membawa kereta anda untuk penukaran minyak pelincir, tambahan pula jika ia nya sebuah kereta yang agak baharu dan masih dilindungi jaminan atau waranti. Namun kadangkala dalam hidup ada saja perkara penting yang harus dilakukan dan menukar minyak pelincir tidaklah menjadi keutamaan dalam kehidupan kita yang sibuk.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Tetapi sebelum melewatkan penukaran minyak pelincir anda terlalu kerap, anda mungkin ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku jika anda menunggu terlalu lama untuk membiarkan minyak lama terus digunakan.

 

Untuk menjawab soalan itu, kita perlu berbalik kepada satu perkara asas, iaitu tujuannya dan mengapa anda menukar minyak dalam kenderaan anda!

 

Minyak enjin perlu ditukar kerana ia akan tercemar. Fungsi minyak enjin (pelincir/hitam) adalah untuk:-

 

i.   menyejukkan enjin,

 

ii.  membersih,

 

iii. menyendal kelegaan (clearance) bahagian enjin

 

iv. melincirkan pergerakan enjin.

 

Apabila minyak sudah lama dan menjadi kotor setelah sentiasa mengalir melalui enjin dan membersihkannya, ia tidak lagi mampu melakukan empat fungsi tersebut.
 

 

 

Satu lagi sebab untuk menukar minyak anda adalah disebabkan oleh suhu operasi enjin yang akan membakar minyak tersebut. Jika pemukaran minyak anda ditangguhkan, enjin berpotensi membakar minyak dan berkurangan sehingga menyebabkan kegagalan fungsi enjin anda.

 

Satu penyelesaian yang mudah untuk masalah ini adalah dengan menokok atau menambah minyak, tetapi ini hanyalah penyelesaian jangka pendek. Terdapat beberapa senario yang berpotensi berlaku jika anda melewatkan penukaran minyak anda.

 

Yang paling mustahil adalah bahawa tiada apa yang akan rosak pada enjin anda. Walaupun ia bergantung kepada iklim anda dan cara pemanduan biasa kenderaan anda, selalunya akan ada kerosakan yang berlaku disebabkan kehausan yang mungkin tidak kelihatan.
 

 

Realitinya adalah bahawa walaupun anda tidak melihat apa-apa kesan buruk serta merta, kegagalan menukar minyak enjin akan memberatkan tugas enjin dan menyebabkan masalah jangka panjang.

 

Jika anda mempunyai enjin turbo, ia amat penting anda menukar minyak anda pada kekerapan yang disyorkan. Cuma ingat, menukar minyak anda terlalu kerap juga boleh menjadi masalah! Sila semak buku panduan (manual book) kenderaan anda untuk mengetahui bila anda perlu menukar dan servis kenderaan anda!

 

Masalah melangkau langkah penyelenggaraan penting ini tentunya akan mempunyai akibat. Semuanya bergantung kepada jenis enjin dan cara pemanduan yang anda lakukan dengan kenderaan anda.

 

Menukar minyak enjin kenderaan anda adalah salah satu langkah yang paling mudah yang boleh diambil untuk mengekalkan enjin yang baik  atau sihat dalam ertikata lain. Jika anda bernasib baik, tiada apa yang berlaku jika anda lewat menukar minyak, tetapi mengapa mengambil risiko tersebut apabila langkah penukaran minyak yang mudah boleh memastikan ketenangan fikiran anda?

 

Pastikan juga minyak enjin (pelincir/hitam) ini adalah dari jenama yang boleh dipercayai, tulen dan dikeluarkan dari pihak pengilang itu sendiri dan bukan 'kitar semula'!

 

 

 

 

*gambar enjin dari motecmat

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Zameer Zahur Hussain, Ketua Pegawai Eksekutif, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM…
Berita Domestik
Majlis pelancaran produk baharu itu dianjurkan pada acara perlumbaan Sepang 12 Hours 2023, dimana…
Berita Global
Produk baharu itu menyasarkan pengguna yang mencari prestasi untuk penggunaan harian, melalui…