Penumpang Eurotunnel dipindahkan melalui terowong perkhidmatan

oleh SALINA JALIL|
Beratus-ratus penumpang kereta api Eurotunnel telah dipindahkan di Terusan antara Britain dan Perancis selepas mengalami masalah teknikal.


Pengendali sambungan kereta api antara Coquelles di utara Perancis dan Folkestone di tenggara England, Getlink, berkata kira-kira 400 orang terpaksa meninggalkan kenderaan mereka kelmarin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Penggera berbunyi dan memaksa orang ramai meninggalkan kereta api ke terowong perkhidmatan konkrit bersebelahan yang biasanya digunakan oleh pekerja penyelenggaraan.

Seorang penumpang, Sarah Fellows, 37, berkata ia pengalaman mengerikan sehingga ada yang menangis dan mengalami serangan panik.

 

Seorang lagi pengguna, Michael Kent, berkata penumpang menghabiskan hampir lima jam di dalam terowong bawah laut sebelum dipindahkan ketika kakitangan cuba menyelesaikan masalah itu.

Insiden itu menjejaskan kereta api yang berlepas dari Calais jam 3.50 petang (waktu tempatan) kelmarin.

 

Kereta api seterusnya dari Perancis telah ditangguhkan sehingga enam jam.

 

John Keefe, dari pengendali Getlink, berkata penumpang dibawa ke Folkestone, manakala pengangkutan ulang-alik asal dibawa keluar dan mereka menyertai semula kenderaan asal mereka.

 

"Operasi seperti ini memang mengambil masa, tetapi ini untuk keselamatan semua orang dan mesti dijalankan dengan berhati-hati," katanya kepada AFP.

 

Menjelang jam 6 pagi semalam, semua orang yang terperangkap dalam kejadian itu telah dikeluarkan dan perkhidmatan kembali seperti biasa.

 

Terowong Terusan dibuka pada tahun 1994 dan terdiri daripada dua terowong trek tunggal dan terowong perkhidmatan masing-masing sepanjang 50 kilometer (km).

 

Bahagian bawah laut meliputi 38 km dan yang terpanjang di dunia.

 

Sejak dibuka, ia telah membawa lebih 80 juta kenderaan menaiki kereta api ulang-alik sepanjang hampir 800 meter.

 

Bulan lalu, Eurotunnel mengurangkan bilangan kereta api melalui Terowong Terusan kerana kesan mogok kereta api di seluruh negara di Britain, walaupun kakitangannya tidak menyertai protes itu.

 

Video di bawah:

 

 

- AFP