Penumpang hadapan maut, empat cedera kereta Iswara terhumban ke laut (video di bawah)

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan JBPM
Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jitra maut, empat yang lain termasuk dua pelajar sekolah pondok di Sungai Korok, Jitra, cedera, selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar benteng batu pemecah ombak dan masuk ke laut di Kuala Perlis, di Kangar, semalam (Khamis).


Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, kejadian kira-kira 11 malam di Kilometer (KM) 10, Jalan Persisiran Pantai Kuala Perlis-Kuala Sanglang, Simpang Empat, Kuala Perlis, di Kangar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Ketika kejadian, Proton Iswara dipandu oleh mangsa, Muhammad Mustaffa Sarin, 22, dalam perjalanan dari kawasan rumah mereka di Jitra, Kedah menuju ke Kuala Perlis.

 

"Tiba lokasi kejadian, kereta itu hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan lalu melanggar benteng batu pemecah ombak sebelum masuk ke laut.

 

"Impak daripada rempuhan itu menyebabkan seorang lagi mangsa yang juga sebagai penumpang hadapan dikenali sebagai Ahmad Baihaqi Mahamad Shafie, 25, tercampak keluar dari kereta itu dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini (Jumaat).

 

Katanya, empat mangsa lain yang cedera adalah pemandu kereta Muhammad Mustaffa Sarin, 22, dari Kampung Padang Chenderai, Kuala Nerang.

 

Tiga lagi penumpang yang dikenali sebagai Muhammad Syairozi Abdul Karim, 24, dari Kampung Sungai Padang, Sanglang dan dua pelajar Pondok Mat Rejab, Pida 2, Sungai Korok, Jitra yang dikenali sebagai Muhammad Khuzaini Mohd Sobri, 17 dan Zulkifli Abd Razak, 20.

 

"Muhammad Mustaffa mengalami patah tangan kanan, manakala mangsa lain yang terselamat mengalami kecederaan di bahu dan tangan," katanya.

 

Yusharifuddin berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, untuk proses bedah siasat.

 

"Mangsa yang lain pula dirawat sebagai pesakit luar di hospital berkenaan," katanya.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Video di bawah:

 

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam kejadian lebih kurang jam 7.39 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, Ahmad…
Berita Domestik
Kejadian disedari pemandu lori berusia 52 tahun selepas berhenti untuk memeriksa dentuman kuat yang…
Berita Domestik
"Iaitu purata 18 kematian akibat jalan raya setiap hari, bersamaan setiap 80 minit ada seorang yang…