Penumpang LRT ditampar kerana bercakap terlalu kuat di telefon!

oleh Penyumbang Rencana|
foto Stomp
Seorang penumpang tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Singapura yang bercakap secara kuat menggunakan telefon bimbit didakwa ditampar dan dimarahi oleh penumpang lain, lapor laman berita Stomp pada Selasa.

Seorang pengguna media sosial berkongsi sebuah video kejadian yang berlaku di laluan LRT Punggol pada 16 November lalu.

Individu itu memberitahu bahawa penumpang tersebut sudah pun bercakap dengan kuat sejak dia menaiki kereta api.

Katanya, kejadian itu berlarutan selama hampir lima minit.

“Lelaki itu pergi menampar kepala individu berkenaan kerana bercakap kuat menggunakan telefon.

“Individu itu tidak membalas, tetapi pada mulanya dia cuma duduk dan kemudian mula menjerit. Selepas itu, seorang wanita bangun dan menyuruhnya berhenti bercakap terlalu kuat,” kata pengguna media sosial tersebut. 

Video yang dirakam di bawah:

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Truly SG (@trulysglah)

 

Stomp

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau mengakui tiada siapa mahu isu teknikal dan gangguan berlaku secara berterusan, justeru…
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, tindakan tersebut diambil susulan insiden pada 24 Mei 2021 yang…
Berita Domestik
"Pindaan Skim Kereta Api itu merangkumi beberapa penambahbaikan terhadap skop projek, terutama…